HomeIsu tempatanKPDN Sandakan kompaun dua premis di Karamunting

KPDN Sandakan kompaun dua premis di Karamunting

Read Time:1 Minute, 6 Second

Sandakan : Sebanyak dua premis di kawasan Karamunting di sini dikenakan kompaun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan pada Selasa lalu.

Ketua Cawangan KPDN Sandakan Azdy Zukkry John berkata, premis berkenaan dikenakaan kompaun sebanyak RM300 di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Dua premis ini dikenakakan kompaun dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM300 kerana peniaga gagal meletakkan label berwarna Merah Jambu bagi harga terkawal iaitu Telur Ayam Gred C.

“Selain itu, peniaga yang dikenakan kompaun juga gagal meletakkan tanda harga terhadap barangan yang dijual,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Operasi Jamin (Ops Jamin) bersepadu bersama Pihak Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Cawangan Sandakan di sini.

Azdy berkata, pemilik premis yang gagal membayar kompaun yang dikenakan akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

“Selain itu, kita turut mengadakan perbincangan dengan Ketua Cawangan KPB Cawangan Sandakan dimana kita akan mengadakan operasi secara kerap termasuk di kawasan luar bandar yang kita dapati banyak rungutan,” katanya.

Dalam pada itu, dua tindakan kes dihasilkan oleh pejabat KPB cawangan Sandakan terhadap dua premis di kawasan sama di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 Akta 522 kerana gagal melekatkan label gred dan harga beras.

Jika sabit kesalahan, peniaga boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM15,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun jika gagal membayar denda. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Deklamasi puisi akan diadakan pada Majlis Makan Malam Hari Jadi Rasmi...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular