HomeIsu tempatanUsahawan terus dibantu tingkat kemahiran keusahawanan digital melalui penguasaan bahasa Inggeris

Usahawan terus dibantu tingkat kemahiran keusahawanan digital melalui penguasaan bahasa Inggeris

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA), komited dalam membantu golongan usahawan untuk meningkatkan kemahiran berkaitan keusahawanan digital melalui penguasaan bahasa Inggeris.

Usaha tersebut direalisasikan melalui penganjuran Program Bahasa Inggeris Untuk Pemasaran Media Sosial baru-baru ini.

Menurut Pengarah JHEWA, Haslina Ismail, penganjuran program tersebut bertujuan untuk menangani isu kemahiran komunikasi digital dalam penggunaan bahasa Inggeris yang melibatkan pemasaran media sosial sebagai platform utama jual beli.

“Golongan usahawan perlu memahami dan menguasai bahasa Inggeris yang relevan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan di media sosial, termasuklah penggunaan kata kunci yang betul dan teknik penulisan yang menarik.

“Dengan itu, para usahawan akan berpeluang mengembangkan lagi perniagaan di peringkat lebih tinggi khususnya antarabangsa dan tidak hanya tertumpu dalam pasaran tempatan,” katanya ketika berucap semasa merasmikan program tersebut.

Haslina turut memaklumkan, program tersebut merupakan salah satu usaha kerjasama dalam aspek pemindahan ilmu melalui Knowledge Transfer Program (KTP) oleh PPIB UMS.

“Penganjuran program seperti ini amat membantu dalam meningkatkan kemahiran keusahawanan digital dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi.

“Program ini juga memantapkan keyakinan diri dengan keupayaan untuk meningkatkan kedudukan sosioekonomi melalui media sosial,” ujar beliau.  

Antara yang terlibat dalam program tersebut empat orang penceramah dari PPIB yang diketuai oleh Timbalan Dekan Pascasiswazah dan Hubungan Antarabangsa PPIB, Dr. Priscilla Shak dan 14 peserta dari usahawan wanita Sabah di bawah pemantauan JHEWA.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular