HomeUtamaPembinaan menara telekomunikasi bantu selesai isu akses jalur lebar di luar bandar

Pembinaan menara telekomunikasi bantu selesai isu akses jalur lebar di luar bandar

Read Time:1 Minute, 0 Second

Keningau : Sebanyak 186 daripada 631 buah menara telekomunikasi baharu yang dirancang dibina dibawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) siap dibina setakat suku kedua pada tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, projek itu dijangka berupaya menyelesaikan isu akses jalur lebar yang dihadapi penduduk khususnya di luar bandar.

Katanya, ia juga sekaligus dapat memberi impak positif kepada sosioekonomi rakyat yang terlibat di negeri ini.

“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang memperuntukkan peruntukan-peruntukan yang besar untuk JENDELA.

“Mudah-mudahnya di kawasan-kawasan yang lain juga akan dapat menikmari kemudahan seumpama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Menara Telekomunikasi JENDELA Kampung Bomboi di sini baru-baru ini.

Arifin berkata, menara telekomunikasi berkenaan mula beroperasi sepenuhnya sejak Jun lalu yang merupakan menara kedua beroperasi Sabah dibawah projek JENDELA Fasa Pertama.

Dalam pada itu, sebanyak 47 menara telekomunikasi baharu dibawah JENDELA akan dibina di Keningau.

Daripada jumlah itu sebanyak 15 menara akan dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid dan tiga daripadanya telah disiap dipasang iaitu di Kampung Bomboi; Kampung Menawo Ulu dan Kampung Kindasan yang akan memberi manfaat kepada 500 penduduk. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pusat Hiburan Di Kuala Lumpur terbakar, dipercayai dikhianat dengan bom petrol

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular