HomeUtamaPembinaan bandar baharu Kalabakan perlu disegerakan

Pembinaan bandar baharu Kalabakan perlu disegerakan

Read Time:2 Minute, 3 Second

Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy mahu pembinaan bandar baharu Kalabakan disegerakan selaras dengan pembukaan ibu kota baharu Indonesia iaitu Nusantara.

Katanya, penyediaan infrastuktur dan aspek keselamatan dilihat masih jauh ketinggalan berbanding pembangunan di negara jiran dan faktor itu seharusnya perlu disegerakan.

Maka katanya, pembinaan Jalan baru Kalabakan ke Simanggaris, Jalan Pekan Pagar Longan ke Pekan Sempadan Bantul Pensiangan perlu giat digerakkan agar kesannya dapat dirasai segera.

“Dari aspek keselamatan pula, sempadan darat dan laut dari Tawau ke Kalabakan masih berada di tahap yang lemah kerana kekurangan pos kawalan, aset aset persenjataan, teknologi pertahanan dan bot laju bagi tujuan rondaan. 

“Jika dibuat perbandingan ketika ini hanya ada tiga pos kawalan darat di Pulau Sebatik seperti di Sungai Melayu, Wallace Bay, dan Burst Point walhal sebelah sempadan kalimantan mereka mempunyai lapan pos kawalan keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe12) 2021-2025 di Dewan Rakyat di sini semalam.

Andi berkata, penekanan dalam RMKe12 bagi mempertingkat keselamatan dan ketenteraman awam perlu dimanifestasikan dengan pembukaan lebih banyak pos kawalan di kawasan risiko tinggi ini. 

Katanya, ia juga merupakan harapan dan keinginan rakyat di kawasan berkenaan.

“Selain itu, yang lebih utama ketika ini adalah untuk mempercepat pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di pintu masuk sempadan Kalimantan. 

“Pembukaan ICQS ini akan memberikan perubahan yang cukup besar kepada ruang sosioekonomi penduduk di kawasan terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, Andi berkata, isu sekolah daif khususnya di Sabah perlu diberi tumpuan dan diketengahkan dalam pelaksanaan RMKe12 termasuk melaksanakan gantian penuh dan pembaikan sekolah daif di Sabah.

Katanya, sebanyak 1,292 sekolah di Sabah kini berdepan masalah bangunan daif dan uzur selain 23 sekolah lagi terpaksa beroperasi dengan status menumpang sekolah lain.

“Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kalabakan di Parlimen Kalabakan antara yang terkesan dan memerlukan pembinaan baharu gantian penuh bangunan yang sudah usang.

“Sekolah ini juga memerlukan pembukaan kelas Pra Universiti dan kelas Pendidikan Khas kerana ramai yang terpaksa berpindah ke sekolah lain yang jaraknya lebih 50 kilometer untuk meneruskan pelajaran,” katanya.

Beliau turut berkata, akses kesihatan juga juga perlu diberi penekanan khususnya kepada insiatif pembinaan dan naiktaraf klinik kesihatan desa.

“Isunya di kawasan Pulau Sebatik, mereka terpaksa menaiki bot dan menempuh perjalanan sejam meredah lautan ke bandar Tawau hanya untuk mendapatkan khidmat rawatan kesihatan. 

“Justeru, pembinaan klinik kesihatan yang baharu nanti akan mengukir senyuman manis dan semestinya dapat mengurangkan komitmen kewangan mereka,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

51 rumah setinggan dirobohkan, 6 PTI ditangkap

Buaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular