HomeIsu tempatanBaKaKAT 2023 inisiatif TLDM santuni, dekati masyarakat tempatan

BaKaKAT 2023 inisiatif TLDM santuni, dekati masyarakat tempatan

Read Time:1 Minute, 52 Second

Sepanggar : Inisiatif pelaksanaan ‘Bah Kano Karnival Armada Timur’ (BaKaKAT) 2023 merupakan inisitaif Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menyantuni masyarakat tempatan khususnya di negeri ini.

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy berkata, BaKaKAT 2023 itu juga dapat membuka peluang masyarakat setempat untuk mengenali TLDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan lebih dekat.

BaKaKAT 2023 yang dianjurkan selama dua hari bermula hari ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Malaysia dan Hari ATM ke-90 bagi tahun 2023.

“Program ini juga merupakan penjenamaan semula program Hari Terbuka Armada kepada satu nama yang mempunyai identiti tersendiri. Bah Kano merupakan bahasa etnik Kadazan Dusun yang membawa maksud Bah Mari/Jom.

“Penggunaan nama Bah Kano Karnival Armada Timur membawa naratif TLDM bukan sahaja sekadar bertugas menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan negeri Sabah, malah TLDM juga amat teruja menjadi sebahagian daripada masyarakat tempatan di Sabah.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan BaKaKAT 2023 di Markas Pemerintahan Armada Timur di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah merangkap Komander Regimen 507 Askar Wataniah Brigadier Jeneral Datuk Al Hambra Tun Juhar, Pengarah Keselamatan Negeri Sabah, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah Datuk Noor Alam Khan A Wahid Khan dan Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip.

Muhammad Ruzelme berkata, pihaknya turut mengalu-alukan untuk para pengunjung mengambil kesempatan untuk membawa keluarga sambil berkongsi pengalaman dan mengenali lebih dekat berkaitan tradisi dan aset TLDM.

“Saya berharap agar semua lapisan masyarakat dapat membawa pulang seribu kenangan serta pengalaman manis yang tidak akan dilupakan. Semoga dengan adanya penganjuran program ini ianya dapat menjalinkan hubungan lebih erat di antara pasukan keselamatan dan masyarakat tempatan di negeri Sabah.

BaKaKAT23  turut  mendapat  kerjasama  penuh  daripada  Majlis  Keselamatan  Negara (MKN), Wilayah Sabah di mana ia dapat menzahirkan dukungan terhadap Teras 3 Dasar Keselamatan Negara 2021 – 2025 iaitu Kesepaduan Nasional.

Aspirasi Kesepaduan Nasional ini mampu dijana melalui  ikatan  perpaduan  di  kalangan  seluruh  rakyat  Malaysia.  

Justeru,  memegang  konteks perpaduan ini, TLDM berharap agar hubungan tentera bersama masyarakat akan kekal utuh dan saling bergantung dan menghargai melalui pendedahan dan pengenalan tentang peranan tentera dan aset- aset pertahanan di sini.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular