HomeUtamaKembara Kenali Borneo : Agong zahir dukacita tidak dapat singgah di beberapa...

Kembara Kenali Borneo : Agong zahir dukacita tidak dapat singgah di beberapa lokasi

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kuala Lumpur : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menzahirkan rasa dukacita kerana tidak dapat singgah di beberapa lokasi di negeri Sabah dan Sarawak seperti yang telah dirancangkan dalam Kembara Kenali Borneo baru-baru ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari Mohd Ariffin berkata, bagi negeri Sabah, rombongan Kembara Kenali Borneo tidak dapat singgah di Menara Kayangan, Lahad Datu yang telah dijadualkan pada 4 September dan Tagal, Sungai Moroli, Ranau pada 5 September lalu.

Manakala di negeri Sarawak katanya, rombongan pula tidak dapat mengunjungi Tokong Yu Lung Sian En Si, Sibu yang telah dijadualkan pada 11 September.

Tambahnya, rombongan juga tidak dapat mengunjungi Masjid Bandar Sri Aman dan kemudiannya, Fort Alice di Sri Aman pada 12 September.

“Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong berdua serta rombongan tidak berkesempatan singgah di lokasi- lokasi tersebut atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan bukanlah disengajakan.

“Seri Paduka Baginda berdua, dalam menyantuni ribuan rakyat yang menunggu sepanjang jalan, juga mengejar masa untuk berangkat tiba di majlis-majlis santapan malam bersama rakyat yang melibatkan kehadiran ratusan atau ribuan hadirin pada waktu yang telah ditetapkan di hari-hari berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Zahari berkata, Seri Paduka Baginda berdua amat prihatin terhadap keterujaan dan semangat kasih rakyat yang setia menunggu ketibaan rombongan untuk bertemu, bersalaman dan bergambar dengan Baginda berdua di lokasi-lokasi tersebut.

“Seri Paduka Baginda bertitah, sekiranya keadaan mengizinkan, Baginda berhasrat berangkat menyantuni rakyat di lokasi-lokasi tersebut di masa hadapan. Selanjutnya, sekiranya keadaan tidak mengizinkan, bermungkinan paduka-paduka anakanda akan mewakili Baginda berdua,” katanya lagi. – SABAH MEDIA / FOTO ISTANA NEGARA

RELATED ARTICLES
Utama

Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular