BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, di Wisma Bapa Malaysia, di sini.
Kehadiran Anwar yang juga Menteri Kewangan di Wisma Bapa Malaysia pada 2.20 petang, disambut oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Turut hadir pada mesyuarat yang berlangsung kira-kira lebih tia jam itu ialah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fafilah Yusuf
Hampir kesemua menteri kabinet hadir termasuk menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzhil, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Pengangkutan Anthony Loke siew Fook dan Menteri Pendidikan Fadlina Sidek
Sejurus Selesai mesyuarat itu kira-kira 6 petang, Anwar meninggalkan wisma berkenaan bagi menghadiri sambutan hari Malaysia di Stadium Perpaduan, disni Malam ini