HomeUtamaPM Anwar Pengerusikan Mesyuarat Kabinet Di Kuching

PM Anwar Pengerusikan Mesyuarat Kabinet Di Kuching

Read Time:37 Second

BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, di Wisma Bapa Malaysia, di sini.

Kehadiran Anwar yang juga Menteri Kewangan di Wisma Bapa Malaysia pada 2.20 petang, disambut oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir pada mesyuarat yang berlangsung kira-kira lebih tia jam itu ialah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fafilah Yusuf

Hampir kesemua menteri kabinet hadir termasuk menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzhil, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Pengangkutan Anthony Loke siew Fook dan Menteri Pendidikan Fadlina Sidek

Sejurus Selesai mesyuarat itu kira-kira 6 petang, Anwar meninggalkan wisma berkenaan bagi menghadiri sambutan hari Malaysia di Stadium Perpaduan, disni Malam ini

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular