HomeUtamaArthur ambil tindakan segera susulan bencana alam menimpa penduduk Kg Salinatan

Arthur ambil tindakan segera susulan bencana alam menimpa penduduk Kg Salinatan

Read Time:2 Minute, 2 Second

PENSIANGAN: Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup prihatin dan mengambil tindakan segera susulan bencana alam yang menimpa penduduk di Kampung Salinatan, mukim Pensiangan.

Arthur berkata, baru-baru ini beliau telah menerima aduan bencana alam pada 5 September 2023 dari seorang penduduk dari kampung Salinatan, Pensiangan.

“Saya mengambil tindakan segera dengan mengarahkan Pegawai Daerah Nabawan untuk turun ke lokasi bersama pasukan teknikal bagi meninjau situasi semasa di samping menyediakan laporan berkenaan kerosakan dan anggaran kos yang diperlukan untuk kerja pembaikan.

“Hasil daripada tinjauan oleh Pegawai Daerah Nabawan, mendapati berlaku kerosakan jalan di Jalan Panabaan – Pensiangan yang berpunca daripada bencana alam akibat hujan lebat yang tidak diduga dan telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh di beberapa lokasi sepanjang jalan tersebut sehingga jalan utama tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Arthur, pihak Pejabat Daerah Nabawan bersama-sama Jabatan Kerja Raya (JKR) Nabawan telah melaksanakan penyelenggaraan sementara dengan serta merta agar penduduk kampung dapat menggunakan jalan utama tersebut dan telah menambah kekuatan jentera berat yang beroperasi pada 8 September 2023.

“Sebagai Ahli Parlimen P.182 Pensiangan, saya sentiasa memantau situasi di kawasan kejadian dan telah mencadangkan kepada Pejabat Daerah Nabawan agar lokasi sekitar kejadian bencana ini diisytiharkan sebagai kawasan bencana supaya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dapat menghulurkan bantuan segera.

“Setelah Pejabat Daerah Nabawan siap mengumpulkan laporan kerosakan akibat bencana ini, saya dengan segera berjumpa dengan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 September 2023 bagi membentangkan laporan tersebut merangkumi kerosakan dan anggaran kos pembaikan yang diperlukan.

“Hasil daripada pertemuan tersebut serta keprihatinan YAB Perdana Menteri, beliau telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan kecemasan bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan membina baharu jambatan yang telah putus,” kata Arthur yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

Tambahnya, beliau turut bersimpati dengan kejadian bencana alam tersebut dan akan sentiasa membawa suara rakyat dari kawasan pedalaman Sabah.

“Sebagai pemimpin yang sentiasa membawa suara rakyat dari kawasan pedalaman Sabah, saya amat bersimpati dengan kejadian bencana alam yang berlaku dan saya akan berusaha dengan sedaya upaya sebagai bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan jalan untuk kemudahan masyarakat di kawasan tersebut.

“Saya bagi pihak penduduk Kampung Salinatan amat berterima kasih kepada semua yang telah menghulurkan bantuan kecemasan dan turut mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan supaya dapat berhubung dengan Pegawai Daerah Nabawan selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah bagi tujuan penyelarasan serta memastikan bantuan tersebut sampai kepada penerima,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya