HomeUtamaBidang TVET akan terus diperkasa dalam kalangan pelajar tahfiz

Bidang TVET akan terus diperkasa dalam kalangan pelajar tahfiz

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan terus memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam kalangan pelajar tahfiz.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata, berdasarkan statistik, lebih 80 peratus pelajar tahfiz tidak berjaya menghafal al-Quran sepenuhnya.

Justeru katanya, para pelajar ini perlu didedahkan dengan bidang kemahiran agar tidam tercicir dan dapat dijadikan sebagai tenaga mahir dalam negara.

“Sudah pasti kita juga mahu mereka ini didedahkan dengan bidang kemahiran supaya mereka tidak tercicir dan dapat dijadikan sebagai tenaga mahir di negara ini.

“Saya pernah melawat satu pusat Tahfiz di Kedah dimana budak-budak ini dilatih membuat pendawaian, elektrik dan juga di Johor ada juga diajar membuat bidang ‘drowth man’ untuk membuat pelan dan reka bentuk.

“Jadi ini yang kita mahu agar tiada generasi muda di negara ini tercicir.  Jadi kita akan pastikan bahawa semuanya akan didedahkan dengan bidang kemahiran mengikut minat masing-masing,” katanya 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan perasmian Majlis Wacana Malaysia Madani di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, bagi negeri Sabah pihaknya sudah membincangkan agar pelajar institusi tahfiz di Sabah turut didedahkan dengan bidang TVET.

“Sudah ada permulaan yang baik tapi kita mahu supaya distrukturkan supaya kita mahu Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Kerajaan Negeri terlibat secara langsung supaya kita boleh memastikan institusi Tahfiz yang ada di Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular