HomeIsu tempatanGolongan muda perlu manfaat dunia digital untuk kebaikan

Golongan muda perlu manfaat dunia digital untuk kebaikan

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kuala Penyu : Golongan muda perlu memanfaatkan dengan sebaik kemajuan dunia digital masa kini untuk kebaikan dalam menyampaikan maklumat berguna untuk dikongsi kepada masyarakat setempat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort Ak.Mohd Yazri Ak.Mohd Yahya berkata, golongan muda juga perlu berhati-hati dan tidak lalai dalam mengikuti arus teknologi semasa yang boleh menjadi ancaman kepada perpaduan kaum.

“Tidak dinafikan pengaruh media sosial menjadi ancaman baharu perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini berikutan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggunakannya untuk menyebarkan cerita tidak benar yang boleh menjejaskan keharmonian.

“Masyarakat  terutamanya generasi muda tidak boleh tunduk dan terpengaruh dengan ideologi yang bertujuan menyemai kebencian dan syak wasangka antara kaum dan budaya di negeri ini. 

“Ini kerana ia hanya mensia-siakan pengorbanan pemimpin terdahulu yang berjuang untuk kemerdekaan dan kedaulatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menutup Kejohanan Liga Friendly Bola Sepak Kuala Penyu sempena sambutan Hari Malaysia di Padang Pekan Kuala Penyu di sini baru-baru ini.

Ak Mohd Yazri berkata, golongan muda  juga perlu diberi galakan untuk bersama dalam aktiviti sosial dan kepemimpinan yang boleh dimulakan di peringkat sekolah dan komuniti setempat.

Justeru, beliau mahu agar setiap cawangan Pemuda UMNO dapat merangka serta melaksanakan pelbagai program yang boleh menarik minat anak muda dimana ini akan memberikan mereka peluang dan tanggungjawab untuk turut serta dalam jawatankuasa kerja .

“Ini sudah tentu dapat membentuk budaya kerja berpasukan disamping boleh menyamai semangat perpaduan elemin penting untuk kita mencapai kemajuan” katanya.

Katanya, Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Beaufort sentiasa menyokong sebarang usaha atau program yang dilakukan oleh golongan muda di kawasan ini termasuklah kegiatan sukan kebajikan dan sebagainya.

Dalam kejohanan tersebut pasukan  Tanjung Aru FC  muncul sebagai juara  pasukan Kitang FC naib juara sementara  pasukan Tempur Ft menduduki  tempat yang ketiga. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PPK Wanita USIA bakal jadi ‘Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular