HomeLuar negaraKeselamatan di New York diperketat menjelang Perhimpunan Agung PBB

Keselamatan di New York diperketat menjelang Perhimpunan Agung PBB

Read Time:1 Minute, 7 Second

BERNAMA-ANADOLU

NEW YORK: Lebih 150 ketua negara dan kerajaan serta ratusan menteri, diplomat, wakil badan bukan kerajaan dan wartawan berhimpun di New York untuk menghadiri sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) yang bermula Isnin.

Menjelang satu daripada acara paling berprofil tinggi di dunia itu, Jabatan Polis New York (NYPD) telah mengetatkan tahap keselamatan termasuk menutup beberapa batang jalan di Manhattan atas sebab-sebab keselamatan, menurut Agensi Anadolu (AA),

Pesuruhjaya Polis NYPD Edward Caban pada Khamis berkata, anggotanya akan ditempatkan berkawal di seluruh bandar itu untuk mengawal keselamatan.

“Setiap bahagian di jabatan kami terbabit,” kata Caban sambil menambah bahawa “kami akan bekerjasama rapat dengan Perkhidmatan Rahsia, Jabatan Negara, FBI dan Polis PBB.”

NYPD juga menggalakkan warga New York memilih pengangkutan awam berbanding memandu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Timbalan ketua Perkhidmatan Keselamatan PBB, Rodrigo Victor da Paixao, berkata anggotanya bersedia menjalankan tanggungjawab untuk melindungi berpuluh-puluh pemimpin dunia.

Beberapa protes mengenai pelbagai topik, seperti perubahan iklim, dijangka berlaku berhampiran kawasan sekitar ibu pejabat PBB di Manhattan.

Perhimpunan Agung utama bermula pada Isnin, dengan para pemimpin akan berucap bermula Selasa.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres akan merasmikan sesi itu pada 9 pagi waktu tempatan (1300GMT), diikuti oleh presiden sesi ke-78 UNGA, Dennis Francis dari Trinidad dan Tobago.

Secara tradisi, Brazil akan menjadi negara pertama yang berucap, diikuti Amerika Syarikat.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya