HomeUtamaLelaki khayal, penagih gam mengamuk, menyerang, merosakkan kenderaan PDRM

Lelaki khayal, penagih gam mengamuk, menyerang, merosakkan kenderaan PDRM

Read Time:1 Minute, 22 Second

BEAUFORT: Polis berjaya menangkap seorang lelaki disyaki penagih gam sedang khayal, mengamuk dan menyerang serta merosakkan dua buah kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Kampung Kiambor, Kuala Penyu pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah mengesahkan kejadian dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort bersama-sama lima anggota daripada pelbagai cawangan telah berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki tempatan berusia 40an pada Ahad (17 Sept) kerana disyaki mengugut secara jenayah dan menghalang anggota polis menjalankan tugas serta merosakkan dua buah kenderaan pasukan milik PDRM dengan menggunakan sebilah parang.

Menurut Ismail, hasil siasatan awal mendapati pada 17 September 2023 jam lebih kurang 12.16 pagi, anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Kuala Penyu serta anggota pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Beaufort telah menerima hebahaan mengenai seorang lelaki sedang mengamuk di Kampung Kiambor, Kuala Penyu.

“Ketika di lokasi kejadian, suspek yang tiba-tiba keluar dari kawasan semak bertindak menyerang kenderaan milik PDRM dengan menggunakan sebilah parang dan terus melarikan diri.

“Ketika ditahan jam lebih kurang 2.30 pagi, suspek ini tidak memberikan kerjasama sambil di kiri dan kanan tangannya memegang sebilah parang dan pisau pemotong daging,” katanya.

Ismail berkata, suspek ditahan reman selama empat hari bermula 18 sehingga 21 September ini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati, punca lelaki ini mengamuk adalah kerana lelaki ini disyaki khayal dan seorang penagih gam,”ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

156 pelajar layak terima WPP, persediaan awal ke IPT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular