HomeUtamaProgram Santai Bersama Pelajar KTYS dapat sambutan memberangsangkan

Program Santai Bersama Pelajar KTYS dapat sambutan memberangsangkan

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Program Santai Bersama Pelajar Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelajar dan seluruh warga KTYS yang diadakan di Kampus Teknikal Likas pada Rabu (20 Sept).

Lebih 200 pelajar dan kakitangan KTYS hadir memeriahkan program tersebut.

Haji Samin menyampaikan ucapan semasa Program Santai Bersama Pelajar KTYS di Kampus Teknikal Likas pada Rabu. – Foto ihsan KTYS

Program anjuran Jabatan Pemasaran KTYS bermula dari jam 8 pagi hingga 3 petang itu menyaksikan pelbagai acara dijalankan termasuk Pertandingan Tiktok Video Pendek, Gerai Terbaik, Karaoke dan Cabutan Tiket Bertuah.

Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Komuniti Yayasan Sabah (KKYS) Sdn Bhd Datuk Tah Nia Jaman berkata, Program Santai anjuran KTYS ini adalah bersempena dengan Majlis Konvokesyen Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) ke-26 yang akan diadakan bulan depan.

Datuk Tah Nia menyampaikan ucapan perasmian pada program tersebut.

“Objektif Program Santai ini diadakan bertujuan mengeratkan lagi tali silaturrahim yang sedia terjalin antara pelajar dan kakitangan KTYS, selain memberi pendedahan kepada pelajar KTYS dengan pengalaman langsung dalam bidang keusahawanan melalui aktiviti seperti menjual produk yang dihasilkan,” katanya semasa berucap pada program itu.

Tambah beliau, ada banyak lagi program seumpama ini yang diadakan bagi mengeratkan tali silaturrahim antara pelajar dan kakitangan di dua kampus KTYS iaitu di Kampus Induk Sembulan dan Kampus Teknikal Likas.

Turut hadir Ketua Eksekutif KTYS, Haji Samin Ongki.

Gerai Rotaract Club johan Pertandingan Gerai Terbaik.

Dalam program itu, Pertandingan Tiktok Video Pendek, Siti Nursyahirah Maisarah Abdul Khalid dinobatkan sebagai juara, manakala naib johan Nuraisyah Munirah Ahmad dan tempat ketiga dimenangi oleh Nurfarizy.

Bagi Pertandingan Karaoke pula johan milik Nurul Zulaikha Mohamed, naib johan, Elexis Leonard dan ketiga, Michelle Endi.

Manakala johan Pertandingan Gerai Terbaik dinobatkan kepada Rotaract Club dan naib johan, Suria Air Balang serta Program Kulinari & Pastri mendapat tempat ketiga.

Sebanyak tujuh buah gerai menyertai program tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah FC juara Piala SMJ 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya