HomeIsu tempatanDBKK laksana penutupan sementara tempat letak kereta

DBKK laksana penutupan sementara tempat letak kereta

Read Time:45 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan penutupan sementara tempat letak kereta di hadapan lorong bunga tanjung 1 Kapayan Square di sini esok.

Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie berkata, penutupan itu adalah untuk memberi laluan kepada pelaksanaan Pesta Kuih Bulan Tahun 2023 anjuran Pejabat Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan.

“Sehubungan dengan itu, lokasi tersebut akan ditutup bermula pada jam 5 petang hingga 11 malam pada esok iaitu 23 September.

“DBKK memohon agar para pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan anggota-anggota penguatkuasa yang bertugas,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Junainah berkata, pengguna adalah dinasihatkan untuk menggunakan tempat-tempat letak kereta awam berdekatan serta sentiasa berhati-hati sepanjang tempoh penutupan sementara tempat letak kereta ini bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik. 

Terdahulu, pesta itu turut dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Penampang yang akan diadakan pada 28 hingga 30 September 2023. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular