HomeUtamaDua buah bot berlanggar, seorang maut

Dua buah bot berlanggar, seorang maut

Read Time:1 Minute, 27 Second

SANDAKAN: Seorang maut selepas bot yang dinaiki bertembung dengan sebuah bot penumpang menyebabkan pelanggaran kedua-dua bot dalam kejadian di perairan Sungai Bungon dekat sini pada Selasa lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Superintendan Ramasamy Kuppan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Dalam kejadian pada 19 September lalu, jam lebih kurang 3.00 petang, pihak polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sandakan, telah menerima maklumat tentang satu kemalangan yang melibatkan dua buah bot di Sungai Bungon, Sandakan mengakibatkan kematian seorang individu.

Menurut Ramasamy, sejurus menerima maklumat tersebut, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Sandakan dan Balai Polis Sandakan dengan dibantu Pasukan Polis Marin Sandakan telah bergegas ke lokasi kejadian iaitu di Sungai Bungon, mendapati berlaku kejadian satu kemalangan iaitu pelanggaran yang melibatkan dua buah bot iaitu sebuah bot penumpang yang membawa 12 orang penumpang yang dari arah Pulau Bungon ke Sandakan dan sebuah bot kecil yang dinaiki oleh dua orang individu dari arah bertentangan.

“Dalam kejadian ini, kedua-dua bot telah bertembung di satu selekoh sempit di Sungai Bungon dan pelanggaran ini telah menyebabkan kematian kepada juragan bot kecil iaitu seorang lelaki warga tempatan berumur 42 tahun.

“Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di kepala. Dalam kejadian ini kedua-dua bot telah cuba mengelak antara satu sama lain tetapi gagal kerana kedudukan kedua-duqa bot yang terlalu dekat secara berhadapan dan keadaan selekoh atau susur sungai yang tajam serta air yang cetek di kawasan tepi sungai.

“Kedua-dua bot mengalami kerosakan dan bot turut terbalik tetapi kesemua penumpang serta juragan di bot penumpang berjaya menyelamatkan diri,” kata Ramasamy dalam satu kenyataan media semalam.

Katanya, mayat mangsa di hantar ke Hospital Duchess Of Kent, Sandakan untuk dibedah siasat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes di siasat di bawah Seksyen 304 A Kanun Keseksaan,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pembinaan Empangan Kaiduan, Papar perlu dilaksana segera atasi masalah bekalan air...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya