HomePolitikHati-hati pilih rakan kerjasama politik, elak 'pisang berbuah dua kali' - Masiung

Hati-hati pilih rakan kerjasama politik, elak ‘pisang berbuah dua kali’ – Masiung

Read Time:1 Minute, 20 Second

Tongod : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) perlu sentiasa berhati-hati dalam memilih rakan kerjasama politik bagi mengelak ‘pisang berbuah dua kali’.

Naib Presiden Gagasan Rakyat Datuk Masiung Banah berkata, Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti juga perlu berwaspada memilih rakan dalam regu politik, lebih-lebih lagi semasa proses membentuk kerajaan pada musim akan datang.

“Pengalaman masa lalu telah mendewasakan kita, di mana rakan yang menjadi gandingan dalam politik dan kerajaan akhirnya menghianati perjuangan.

“Parti yang pada awalnya menjadi rakan kongsi bertukar menjadi dalang menikam kita dari belakang hanya kerana mahu mendapatkan kuasa,” katanya.

Masiung yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kuamut berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pelancaran dan mesyuarat agung pertama Gagasan Rakyat, di Dataran Rakyat Tongod, di sini kelmarin.

Majlis itu dirasmikan Ketua Menteri merangkap Presiden Parti Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor.

Dalam pada itu, Masiung turut meminta Kerajaan negeri menyenaraikan jalan raya Tongod ke Sook sejauh 46 kilometer untuk dinaik taraf menerusi pelan baharu projek lebuh raya Pan Borneo.

Katanya, jika cadangan itu dapat direalisasikan jarak perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tongod menerusi Keningau hanya mengambil masa kira-kira tiga jam setengah.

“Ia berbanding perjalanan dari jalan lama sedia ada dari Kota Kinabalu menerusi Ranau-Telupid hingga ke Tongod yang mengambil masa enam jam,” katanya.  

Terdahulu, majlis berkenaan mencatat sejarah tersendiri apabila lebih 5,000 penyokong yang memakai baju merah membanjiri Dataran Rakyat Tongod.

Sebelum merasmikan pelancaran Gagasan Rakyat Kuamut, Hajiji telah melakukan upacara pecah tanah untuk bangunan baharu Mahkamah Anak Negeri daerah Tongod.

Projek bernilai RM5,101,390 itu dimulakan pembinaannya pada Jun lalu dan dijangka siap pada Disember 2023.

RELATED ARTICLES
Politik

Pemuda Gagasan Rakyat sedia hadapi PRN-17

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular