KOTA KINABALU: Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) telah mengadakan Majlis Jelajah Santai Pemuda Gagasan Rakyat kali ke-39 bertempat di Elusion Cafe, Courtyard Hotel, 1 Borneo, di sini baru-baru ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Fairuz Renddan.
Pada majlis itu juga turut dilancarkan pelancaran baju Pemuda Gagasan Rakyat.
Antara bahagian yang terlibat adalah Bahagian Darau, Karambunai, Inanam, Likas, Luyang dan Api-api.
Objektif program ini diadakan adalah menerangkan berkenaan dasar dan prestasi parti serta perancangan dan matlamat pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah.
Turut hadir ialah Ketua bahagian Inanam, Datuk Roland Chia, Ketua bahagian Karambunai, Datuk Arshad Idris, Ketua Bahagian Likas Baharin Abd Karim, Ketua Bahagian Luyang, Sairin Saidin, Husin Syukur, Ketua Bahagian Api-api, dan exco Pemuda Parti Gagasan Rakyat.