HomeUtamaLKTNS giat laksana pembangunan ladang di Wilayah Pantai Barat

LKTNS giat laksana pembangunan ladang di Wilayah Pantai Barat

Read Time:1 Minute, 51 Second

Nabawan : Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) memperuntukkan sebanyak RM62.7 juta bagi tujuan pembangunan ladang-ladang dibawah kendalian LKTNS di sekitar Wilayah Pantai Barat.

Pengurus Besar LKTNS Syaheddrul R Joddari berkata, ladang-ladang terlibat merangkumi daerah Keningau; Beaufort; Tenom; Kota Marudu; Tongod dan Nabawan.

Katanya, antara kerja-kerja pembangunan tanah yang di laksanakan termasuklah naiktaraf jalan perhubungan ladang, program peningkatan produktiviti hasil sawit, naiktaraf infrastruktur ladang dan perhubungan utama, jalan perhubungan desa, naiktaraf jalan gravel pertanian, Projek Pemajuan Kawasan (PPK), Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) dan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“PPRT bagi Wilayah Pantai Barat untuk tahun ini disasarkan akan dibina sebanyak 747 unit merangkumi 330 unit bina baru dan 417 unit baik pulih. Setakat ini sebanyak 247 unit PPRT telah siap untuk di duduki.

“Manakala bagi daerah  Nabawan pula, sejak tahun 2021 sehingga tahun 2023 sebanyak RM19.2 juta telah dilaburkan untuk tujuan pembangunan tanah luar bandar melibatkan peserta-peserta LKTNS.

“PPRT bagi tahun 2021 dan 2022 mencatatkan rekod sebanyak 25 unit telah siap untuk diduduki manakala tahun 2023 mensasarkan sebanyak 65 unit merangkumi perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM3.5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena Program Hari Muhibbah bersama peneroka dan peserta LKTNS 2023 peringat Wilayah Barat di sini baru-baru ini.

Majlis itu disempurnakan Pengerusi LKTNS Datuk Abd Ghani Mohamed Yassin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan.

Syaheddrul berkata, selain tanaman Sawit, LKTNS juga telah mula mempelbagaikan kegiatan pertanian untuk tujuan mempelbagaikan punca peningkatan  ekonomi dikalangan penduduk luar bandar.

Katanya, tanaman jangkamasa singkat yang dikenalpasti dan telah dimulakan adalah tanaman Nanas MD2 dan rumput Napier untuk ternakan lembu.

“Manakala tanaman jangkamasa panjang adalah perladangan Durian Musang King dan Kelapa Pandan. Kepelbagaian tanaman ini perlu bagi kawasan-kawasan yang tidak sesuai bagi tanaman sawit disebabkan keadaan geografinya,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, LKTNS telah menyerahkan secara simbolik beberapa bantuan sebagai sebahagian dari  Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) LKTNS.

Antaranya simbolik penyerahan kunci rumah PPRT untuk kawasan Nabawan; simbolik penyerahan bantuan pelajar cemerlang di kalangan komuniti peserta Wilayah Pantai Barat; penyerahan anugerah usahawan Pro-Apps berjaya; penyerahan anugerah pekerja tempatan yang setia dan produktif; bantuan ibu tunggal; bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) dan sumbangan beras SABARAS kepada peserta LKTNS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

RM7 juta disediakan untuk fasa pertama naiktaraf 38 Tamu Desa di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular