HomeSukanAksi Sabah FC, Kelantan FC ditunda kerana hujan lebat

Aksi Sabah FC, Kelantan FC ditunda kerana hujan lebat

Read Time:52 Second

Kota Kinabalu : Perlawanan Liga Super antara Sabah FC dengan Kelantan FC yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu Kelantan jam 9 malam tadi ditunda susulan hujan lebat dan padang digenangi air.

Pengumuman penangguhan itu turut dimuat naik di Facebook rasmi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kira-kira jam 9.30 malam.

Keadaan padang yang digenangi air itu juga didapati tidak sesuai diadakan perlawanan untuk skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee dan Angel Alfredo Vera.

“Perlawanan Liga Super di antara Kelantan FC lawan Sabah FC yang dijadualkan bermula jam 9 malam ini terpaksa ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak berikutan hujan lebat mengakibatkan permukaan padang ditakungi air,”

Untuk rekod Sabah FC kini mengumpul 42 mata dengan menduduki tangga keempat Liga Super manakala Kelantan FC mengutip lapan mata dengan menduduki tangga ke-13 liga.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu akan berdepan PSM Makasar dalam aksi saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 5 Oktober ini di Stadium Kapten I Wayan Dipta. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular