HomeIsu tempatanKerjasama STAR dan PBS merupakan kombinasi yang baik - Jackerson

Kerjasama STAR dan PBS merupakan kombinasi yang baik – Jackerson

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua EXCO Wiramuda STAR Jackerson Ng Hwa Qing berkata kerjasama antara STAR dan PBS merupakan kombinasi yang baik berdasarkan kewujudan persamaan matlamat perjuangan menuntut hak-hak, membela kepentingan dan kesejahteraan serta kemakmuran rakyat Sabah.

“Wiramuda StarSabah sedia menyokong apa jua inisiatif yang positif dan berkomitmen untuk bekerjasama sepenuhnya bersama Pemuda PBS dalam pelaksanaan program-program yang melibatkan kedua-dua belah pihak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menambah bahawa ini adalah satu langkah penting dalam evolusi politik politik tempatan, terutama memandangkan inisiatif kerjasama ini telah dicetuskan sendiri pada peringkat kepimpinan tertinggi kedua-dua parti.

Pada 1 Julai yang lalu Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mengeluarkan kenyataan sedia bergabung dengan PBS untuk menguatkan kedua-dua parti pelbagai kaum tersebut.

Sehari kemudian pada 2 Julai, Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai berkata sebarang usaha ke arah memumpuk perpaduan wajar diberikan pengiktirafan dan cadangan itu memerlukan perbincangan teliti di peringkat akar umbi.

Sehubungan dengan itu pada 22 September lalu Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, pandangan semua perwakilan perlu diperolehi dan cadangan seterusnya dibawa ke dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

Joachim turut menyatakan bahawa satu Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan selepas Kongres Tahunan Perwakilan PBS Ke-38 yang berlangsung pada keesokan harinya, 23 September 2023.

Jawatankuasa ini akan melibatkan dua atau tiga ahli dari PBS dan dari parti STAR.

“Malahan beberapa hari yang lalu, Penasihat PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan turut menyatakan sokongan beliau terhadap kerjasama antara STAR dan PBS dengan harapan untuk mengelakkan sebarang bentuk sabotaj antara dua parti politik itu.

“Dalam konteks ini, saya sangat bersetuju kerana sejauh mana pun perbezaan kita, objektif akhir adalah untuk membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada rakyat Sabah,” kata Jackerson.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular