HomeIsu tempatanGolongan muda dipelawa meriahkan Tadau Sukod Wagu

Golongan muda dipelawa meriahkan Tadau Sukod Wagu

Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai khususnya golongan muda di seluruh Sabah dijemput bagi memeriahkan sambutan Tadau Sukod Wagu (Hari Belia) anjuran Majlis Belia KDCA (KDCA Youth Council) pada 7 hingga 8 Oktober ini.

Program yang julung kalinya diadakan itu bertujuan bagi mengumpulkan seberapa ramai anak muda dalam kalangan Bumiputera Sabah.

Pengerusi KYC, Steve Johnny Mositun berkata, sambutan yang diadakan secara besar-besaran itu akan turut diserikan dengan pelbagai l jualan daripada gerai-gerai jualan yang ada selain masyarakat turut berpeluang menyaksikan dan menyertai beberapa siri pertandingan yang diadakan.

Antara aktiviti pengisian khas adalah Kempen Menderma Darah bagi membantu golongan memerlukam selain meningkatkan kesedaran tentang perlunya mempunyai tubuh badan yang sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan belia.

“Kita juga ada pertandingan Mainan Dulu-Dulu dan Sukan Orang Kita bagi menanam semula minat terhadap sukan dan permainan tradisi dulu-dulu dalam kalangan belia,” katanya.

Selain itu, bagi para penggemar seni tarian, turut berpeluang menyertai KYC Talent Dance Show sempena pesta tersebut.

Khas untuk para peminat seni peragaan Cosplay, KYC turut mengadakan pertandingan Cosplay bertemakan Pahlawan dan Pemimpin lagenda Sabah (Warrior Cosplay Competition).

“Bagi peminat anime dan atau mereka yang menjadikan Cosplay sebagai hobi, terdapat satu event menarik yang pasti anda akan enjoy sepanjang dua hari tersebut nanti, yang pastinya memberi kelainan, inovasi, dan mampu menyerlahkan kreativiti belia kita,” katanya.

Selain itu, pada malam 7 Oktober, ramai artis tempatan terkenal Sabah juga akan membuat persembahan menerusi acara Malam Pesta Muda-Mudi, di Pentas Dewan Terbuka KDCA.

“Lebih menarik, kehadiran ramai pempengaruh media sosial sama ada yang terkenal di laman Tik-Tok, Facebook, Instagram atau Youtube juga pastinya lebih menarik para belia untuk turut bersama memeriahkan aktiviti yang dijalankan nanti,” katanya.

Justeru, Steve menyeru kepada semua belia untuk hadir dan menyokong program berkenaan, di samping menyerlahkan bakat mereka menerusi pelbagai pertandingan yang dianjurkan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut boleh melayari laman sosial Facebook KDCA Youth Council. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular