HomeSukan15 anugerah dipertandingkan sempena MASN Sabah

15 anugerah dipertandingkan sempena MASN Sabah

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 15 anugerah bakal dipertandingkan pada Majlis Anugerah Sukan Negeri (MASN) Sabah 2021-2022 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hujung Oktober ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, penganugerahan itu adalah sebagai tanda penghargaan atas sumbangan para atlet yang berjaya mengharumkan nama Sabah di arena sukan.

Majlis yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah itu adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran rasmi ke-70 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

“Dijangkakan seramai 500 orang jemputan akan menghadiri majlis ini nanti terdiri daripada  atlet-atlet negeri, ketua-ketua jabatan, pengarah-pengarah Majlis Sukan Negeri, Ahli Lembaga Pengurus dan lain-lain individu yang terlibat secara langsung dalam sukan.

“Dengan meletakkan penganugerahan ini dalam salah satu program sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-70 Tuan Yang Terutama Tun akan memberi indikator kepada para atlet penghargaan kerajaan negeri atas usaha mereka selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi temu bual menerusi rancangan Kami Bah Ini di Studio TV RTM Sabah di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan berkenaan berharap, dengan adanya anugerah yang disampaikan kelak akan dapat menyuntik semangat para atlet negeri untuk lebih maju pada masa hadapan.

Katanya, tetamu kehormat bagi majlis tersebut adalah Tun Juhar bersama isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Sebanyak 14 program telah disusun atur sempena sambutan ulang tahun kelahiran rasmi ke-70 Tun Juhar yang dimulai Program Charity Ride TYT Sabah 2023 anjuran Polis Kontinjen Sabah pada 22 hingga 23 Julai lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya