HomeUtamaMA63 : Anwar beri jaminan hubungan kerjasama dengan Sabah terus ditingkatkan

MA63 : Anwar beri jaminan hubungan kerjasama dengan Sabah terus ditingkatkan

Read Time:2 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan hubungan kerjasama yang erat dengan Kerajaan Sabah akan terus ditingkatkan khususnya dalam pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, sejak mengambil alih Kerajaan, pihaknya telah sedaya upaya untuk melaksanakan apa sahaja yang telah termaktub menerusi MA63.

“Baru-baru ini ada di Dewan Undangan Negeri (DUN), sebahagian dari Pakatan Harapan (PH) telah cabar Kerajaan dalam isu pelaksanaan MA63.

“Saya ucap terima kasih kerana mereka menarik balik saman terhadap Kerajaan Persekutuan.  Sejak kita ambil alih Kerajaan dan Ketua Menteri Hajiji sedia maklum, saya telah mengarahkan sedaya upaya kita untuk melaksanakan apa yang kita janjikan menerusi  MA63,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penangguhan Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini malam ini.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar; Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Anwar berkata, perjanjian yang dilaksanakan oleh bapa-bapa terdahulu itu adalah hasil pemeteraian dari muafakat Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

“Jadi tugas saya generasi kami adalah untuk melaksanakan perjanjian berkenaan.  Saya bagi jaminan hubungan kerjasama erat sahabat saya saudara Datuk Seri Hajiji, kita akan tingkat usaha serta mendengar apa-apa hal yang perlu dilaksanakan.

“Saya saya ucapkan terima kasih ahli DUN yang tarik balik saman berkenaan,” katanya.

Baru-baru ini, PH Sabah menarik balik saman pemula yang difailkan terhadap Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah berhubung isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 3 Jun 2022.

Menurut kenyataan bersama 12 plaintif PH, mereka melihat ada kemajuan berhubung perkara berkenaan, khususnya menerusi penubuhan jawatankuasa teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyaksikan dua daripada tiga deklarasi yang dituntut mereka telahpun dipersetujui, dan akan dilaksanakan nanti.

Plaintif dalam kes saman pemula itu ialah Pengerusi PH Sabah, Datuk Christina Liew; Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick; Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung; Presiden Kehormat UPKO, Datuk Madius Tangau; Naib Presiden PKR, Awang Hussaini Sahari; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Jannie Lasimbang; ADUN Inanam, Peto Galim; ADUN Likas, Tan Lee Fatt; ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe; Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee; Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin dan bekas Ahli Parlimen Tenom, Senator Noorita Sual.

RELATED ARTICLES
Utama

Inisiatif bantuan baharu bukti Kerajaan Sabah perkasa bidang pendidikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular