HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan juragan,12 PATI cuba masuk perairan negara

Maritim Malaysia tahan juragan,12 PATI cuba masuk perairan negara

Read Time:1 Minute, 28 Second

Tawau : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan seorang juragan bersama 12 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kerana dipercayai cuba memasuki perairan negara dengan menggunakan sebuah bot penumpang di kedudukan 1.2 batu nautika barat Jeti CIQ Tawau pada pukul 10.30 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, dalam operasi yang dijalankan pihaknya berjaya mengesan sebuah bot bergerak laju dalam keadaan mencurigakan dari arah Pulau Sebatik menuju masuk ke Perairan Tawau.

“Semasa penahanan bot penumpang terbabit, secara tiba-tiba juragan bot telah bertindak nekad terjun ke laut bagi melepaskan diri daripada ditahan.

“Namun tindak balas pantas anggota Maritim Malaysia telah berjaya menahan semula juragan berkenaan. Hasil pemeriksaan, didapati juragan terbabit merupakan seorang lelaki warga Indonesia berumur 32 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkara, 12 lagi lelaki masing-masing berumur awal 18 hingga 61 tahun juga dipercayai warga Indonesia tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta cuba memasuki negara melalui jalan yang tidak diwartakan.

“Kesemua barangan termasuk bot penumpang,enjin bot,barangan peribadi disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM30,000.

“Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di Perairan Timur Sabah (ESSZONE). 

“Kerjasama dengan agensi-agensi lain akan terus diperkukuhkan demi memastikan undang-undang negara sentiasa dipatuhi,” katanya.

Menurutnya, orang ramai diharap akan turut membantu Maritim Malaysia dengan menyalurkan aduan salah laku jenayah di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 dan talian kecemasan 999. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Ambuyat berpotensi untuk dikomersialkan ke peringkat lebih tinggi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular