HomeUtamaAcryl Sani dahului senarai 1,209 penerima pingat kebesaran Sabah

Acryl Sani dahului senarai 1,209 penerima pingat kebesaran Sabah

Read Time:1 Minute, 48 Second

Kota Kinabalu : Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang juga bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mendahului senarai penerima anugerah darjah kebesaran bintang dan pingat kehormat sempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang ke-70 Yang di-Pertua Negeri Sabah esok.

Acryl bersama seorang lagi penerima iaitu Presiden Persekutuan Persatuan Alumni Universiti-Universiti Taiwan Malaysia Datuk Tang Yong Chew dianugerahkan pingat kebesaran tertinggi negeri iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.

Sementara itu, seramai 88 orang individu menerima darjah kebesaran kedua tertinggi Sabah, iaitu Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Antara penerima ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Datuk Arthur Joseph Kurup; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud; Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin; dan Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui.

Selain itu, turut menerima PGDK ialah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, antaranya Phoong Jin Zhe (Luyang) yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah; Hendrus Anding (Tandek), Jonnybone J Kurum (Telupid), Mokran Ingkat (Sungai Manila), Norazlinah Arif (Kunak), Samad Jambri (Labuk) dan George Hiew Vun Zin (Karamunting).

Turut menerima PGDK ialah Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Asits Sanna; Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Che Engku Suhaimi Che Engku Daik; Panglima Armada Timur, Laksamana Muda Datuk Pahlawan Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy dan Komander Easten Command Deputi Komisioner Victor Sanjos.

Seterusnya ialah Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri Sabah, Effendi Mohd Sunoh; Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Ceasar Mandela Malakun dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Raisin Saidin.

Selain itu, penerima dalam kalangan pengamal media ialah Ketua Pengarang Utusan Borneo Lichong Angkui selain penyanyi tempatan Francis Landong turut menerima PGDK.

Sementara itu, bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Allahyarham Ag Askandar Ampuan Yaacub yang terkorban ketika misi pendakian Gunung Everest pada Mei lalu menerima pingat Ahli Darjah Kinabalu (ADK) secara Posthumous.

Secara keseluruhan, seramai 1,209 individu menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang ke-70 Yang di-Pertua Negeri Sabah , Tun Juhar Mahiruddin, esok. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KUSKOP tawar pembiayaan pengajian kepada pelajar Palestin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular