HomePolitikHentikan perbalahan politik, fokus bangunkan Sabah 

Hentikan perbalahan politik, fokus bangunkan Sabah 

Read Time:1 Minute, 10 Second

Tamparuli : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu semua pihak menghentikan perbalahan politik khususnya di negeri ini namun sebaliknya membantu dan menumpukan kepada usaha membangunkan Sabah.

Katanya, semua pihak perlu memastikan Sabah membangun dengan jayanya selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kerajaan Negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menetapkan hala tuju untuk membangunkan Sabah. 

“Walaupun kami menghadapi pelbagai cabaran seperti pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan politik di peringkat Persekutuan, kami berjaya bergerak ke hadapan melalui Hala Tuju SMJ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan

Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli di Dewan Tun Hamdan di sini hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, fokus utama Gagasan Rakyat yang dipimpinnya adalah bagi membangunkan negeri ini.

“Kami (Gagasan Rakyat) tidak bersaing dengan rakan kongsi kami dalam GRS. Gagasan Rakyat tidak ditubuhkan untuk bermain politik tetapi kami fokus kepada aspek pembangunan negeri,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Gagasan Rakyat berkata, adalah mustahak untuk parti itu menjalinkan kerjasama yang padu dengan semua komponen GRS di kesemua 73 bahagiannya.

Katanya lagi, perpaduan yang kukuh adalah penting bagi membolehkan GRS terus menerajui Kerajaan Negeri.

Menurutnya, Gagasan Rakyat baru berusia tujuh bulan tetapi beliau gembira melihat kematangan pemimpin dan ahlinya.

Hajiji turut memuji Gagasan Rakyat Tamparuli di bawah pimpinan Datuk Alijus Sipil, yang kini mempunyai 68 cawangan dan kira-kira 2,000 ahli.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya