HomeUtamaDakwaan salah guna kuasa, cubaan teruk pembangkang cemar nama baik Ketua Menteri

Dakwaan salah guna kuasa, cubaan teruk pembangkang cemar nama baik Ketua Menteri

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Dakwaan salah guna kuasa berhubung urus niaga tanah melibatkan kerajaan negeri dan seorang ahli perniagaan Sarawak dalam laman Facebook adalah cubaan teruk pembangkang untuk mencemarkan nama baik Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, dakwaan di laman Facebook dipenuhi dengan fakta rekaan. Semakan dengan Jabatan Tanah dan Ukur Negeri menunjukkan semua permohonan tanah telah diproses mengikut prosedur dan undang-undang sedia ada.

Malah, katanya, tiada hak milik tanah dikeluarkan untuk empat permohonan tanah yang disebut dalam laman Facebook itu.

“Laman Facebook itu juga mendakwa ahli perniagaan terbabit dilihat mempunyai hubungan rapat dengan Hajiji jadi mesti ada sesuatu yang mencurigakan, tetapi ahli perniagaan itu juga dilihat rapat dengan bekas Ketua Menteri Warisan, Datuk Shafie Apdal sebelum ini.

“Ada yang tidak kena dengan mentaliti sebegini. Memandangkan pembangkang tidak dapat menyentuh mengenai kejayaan kerajaan negeri menarik pelabur berimpak tinggi ke Sabah. Jadi, mereka menggunakan taktik kotor dan jijik untuk merosakkan imej Ketua Menteri,” kata Nizam dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut Nizam, laporan polis akan dibuat terhadap laman Facebook tersebut.

“Laporan polis akan dibuat terhadap laman Facebook tersebut supaya siasatan dapat dilakukan untuk membawa pihak yang bertanggungjawab menyebarkan pembohongan ke muka pengadilan,” tegas beliau.

RELATED ARTICLES
Utama

Laluan berhampiran Menara Kinabalu ditutup sebahagian 31 Disember ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular