HomeUtamaTiada salah guna kuasa dalam perjanjian tanah di Kudat - Hajiji

Tiada salah guna kuasa dalam perjanjian tanah di Kudat – Hajiji

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyangkal dakwaan salah guna kuasa dalam meluluskan perjanjian tanah di Kudat.

“Tuduhan itu berniat buruk, bermotifkan politik dan bertujuan untuk memburukkan nama saya. Pejabat saya akan memberikan kerjasama penuh kepada sebarang siasatan berhubung dakwaan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

“Semua permohonan telah melalui prosedur yang diperlukan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC) dan diproses di pejabat.

“Permohonan tanah Yayasan Sabah telah dirujuk kepada pihak
Lembaga pengarah Innoprise Corporation Sdn Bhd, dan semuanya dilakukan mengikut undang-undang,” katanya menjawab dakwaan yang tular dalam media sosial.

Menurut Hajiji, siasatan akan dilakukan dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang mengeluarkan dokumen sulit yang telah digunakan untuk membuat dakwaan itu.

Beliau berkata pihak berkuasa juga dimaklumkan mengenai akaun Facebook, yang menyiarkan dakwaan untuk mencemarkan nama baiknya.

“Saya akan berunding dengan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap dakwaan palsu ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular