HomeUtamaKek ulang tahun rasmi TYT berinspirasikan logo Istana Seri Kinabalu

Kek ulang tahun rasmi TYT berinspirasikan logo Istana Seri Kinabalu

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Kek berinspirasikan logo Istana Seri Kinabalu dengan Bunga Raya dan Rafflesia menjadi tumpuan tetamu pada Majlis Jamuan Negeri sempena ulang tahun kelahiran rasmi ke-70 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Majlis yang berlangsung di Dewan Bankuasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag.

Chef Pastri Hyatt Regency Hotel yang dikenali sebagai Yusrinizam berkata, kek yang diilhamkan pasukannya itu adalah seberat 40 kilogram dengan perisa ‘walnut brownies’.

Katanya, pihaknya turut memilih rona dalam Bendera Negeri Sabah dan mengambil masa lebih kurang empat hari untuk disiapkan.

Pada Sabtu, Tun Juhar serta isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang diiringi Hajiji dan isteri, Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya serta isteri, Datin Seri Noraini Salleh menyempurnakan upacara pemotongan kek ulang tahun kelahirannya.

Turut mengiringi Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-70 TYT Sabah dan Datuk Ir. Shahelmey Yahya serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong di Dewan Bankuasi DUN Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular