HomeIsu tempatanKapal perang Kanada HMCS Ottawa berlabuh di ibu negeri

Kapal perang Kanada HMCS Ottawa berlabuh di ibu negeri

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu: Kapal perang Kanada HMCS Ottawa akan berlabuh buat julung kalinya di Pelabuhan Kota Kinabalu di sini.

Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Wayne Mitchell Robson berkata, ia melambangkan harapan Kanada untuk meluaskan lagi kerjasama dengan Malaysia khususnya Sabah dalam bidang keselamatan, selain sektor pelancongan dan perdagangan.

“Kapal perang Kanada HMCS Ottawa akan berlabuh di Kota Kinabalu dan ini merupakan kali pertama ianya berlabuh di sini.  Kami berharap dapat meningkatkan lagi kerjasama dengan Malaysia dalam aspek keselamatan dan kestabilan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, di sini semalam.

Wayne berharap hubungan baik Malaysia khususnya Sabah dan Kanada dapat meningkatkan kerjasama serta membuka lebih banyak peluang ekonomi bagi kedua-dua negara.

“Pada hari ini (semalam), kita berpeluang untuk berbincang mengenai sektor pelancongan di Sabah yang terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan di Malaysia.

“Selain itu, perbincangan juga tertumpu kepada peluang perdagangan yang dapat dijalankan di antara kedua-dua negara khususnya di Sabah,” katanya.

Terdahulu, Tun Juhar turut menerima kunjungan perpisahan Konsul Jepun di Sabah dan Sarawak Kako Shiho di Istana Seri Kinabalu.

Shiho telah berkhidmat sebagai konsul sejak 18 Januari 2019 dan akan menamatkan perkhidmatan beliau pada akhir bulan ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular