HomeIsu tempatanOrganisasi perniagaan, individu digesa membayar zakat, bantu golongan asnaf

Organisasi perniagaan, individu digesa membayar zakat, bantu golongan asnaf

Read Time:1 Minute, 49 Second

Kota Kinabalu : Organisasi perniagaan mahupun individu di negeri ini digesa agar terus mengeluarkan zakat bagi membantu golongan asnaf.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, zakat tersebut akan diuruskan oleh Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk diagihkan kepada golongan asnaf seperti fakir, miskin, mualaf, al gharimin, ibnu sabil, amil dan fisabilillah.

“Dengan adanya pembayaran zakat ini, MUIS dapat memberi sumbangan kepada golongan yang sepatutnya mendapat bahagian daripada pembahagian zakat.

“Kita juga sangat berterima kasih kepada Bank Rakyat yang mana ramai rakyat kita berurusan dengan Bank Rakyat, pastinya wang yang kita simpan itu sudah pun dizakatkan pada keseluruhannya dan zakat ini akan diagihkan kepada asnaf mengikut kategori yang selayaknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Kumpulan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah bagi Tahun 2021 dan Bank Rakyat bagi Tahun 2022 masing-masing berjumlah RM 3,446,180.76 dan RM 914,400.00 kepada MUIS di Istana Seri Kinabalu di sini.

Pada majlis itu, Pengerusi Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, Datuk Mohd Jasmin Julpin dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perniagaan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff menyampaikan cek cura masing-masing kepada Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin yang disaksikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Ruslan berkata, jumlah pungutan zakat bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini telah mencecah lebih RM103 juta.

“Berdasarkan tempoh itu juga, zakat penggajian menyumbang angka tertinggi dengan jumlah lebih RM46 juta iaitu 45.16 peratus, diikuti zakat perniagaan berjumlah RM 33,273,754.79 (32.2 peratus), zakat fitrah RM 11,251,061.26 (10.89 peratus), zakat pendapatan RM 6,639,781.82 (6.43 peratus) dan zakat simpanan RM 4,612,359.42 (4.47 peratus).

“Manakala, zakat emas dan perak mencatat jumlah RM 646,824.50 (0.63 peratus), disusuli zakat saham RM 154,434.20 (0.14 peratus), zakat pertanian RM 42,520.40 (0.04 peratus) dan zakat ternakan RM 22,285.52 (0.02 peratus),” katanya.

Turut mengiringi Tun Juhar ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ahmad Malai Ali.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Pulau Omadal berterima kasih atas keprihatinan SESB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular