HomeUtamaGenerasi muda diseru pelajari adat budaya etnik masing-masing

Generasi muda diseru pelajari adat budaya etnik masing-masing

Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Etnik di Sabah diseru untuk menggalakkan generasi muda mempelajari adat budaya masing-masing, selain tahu bertutur dalam bahasa ibunda.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, identiti kaum etnik negeri ini akan hilang sekiranya warisan bahasa dan budaya tidak dipertahankan.

“Sejajar dengan itu, saya menyeru semua pemimpin etnik di negeri ini agar bersama-sama kerajaan memastikan warisan budaya terus dipelihara untuk kita dan generasi akan datang.

“Dalam kita rancak membangunkan negeri ini, kita tidak mengabaikan kepentingan adat dan kepelbagaian budaya kerana ia adalah aspek penting kehidupan melambangkan identiti sesuatu bangsa untuk terus dipelihara serta dimartabatkan. 

“Usaha tersebut bukan saja untuk memastikan identiti kaum tidak terhakis oleh kemodenan dan teknologi tetapi juga mampu menyumbang kepada pembangunan negeri khususnya dalam aspek pelancongan,” katanya semasa berucap di Perayaan Hari Etnik Sabah 3.0 di sini, baru-baru ini.

Hajiji juga memaklumkan dalam usaha memperkasakan khazanah budaya, kerajaan negeri menganjurkan beberapa program berkaitan antaranya ‘Museum And Cultural Festival 2023’ bagi memperkenalkan dan mempromosi kreativiti etnik. 

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri  Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-70 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, pelancaran Album Lagu Rakyat Etnik Sabah merupakan penghargaan khas kepada persatuan yang memberi sumbangan dalam memulihara warisan tradisi lisan dalam bentuk lagu-lagu rakyat yang telah direkodkan pada tahun lepas.

Pada majlis bertemakan “Martabatkan Budaya Etnik Sabah” tersebut, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni menyampaikan sijil penghargaan kepada 16 pertubuhan dan persatuan etnik yang telah menjayakan rakaman lagu rakyat.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Kadzim M Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar  Untong, jemaah kabinet negeri, dan presiden–presiden badan kebudayaan.

RELATED ARTICLES
Utama

KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular