HomeLuar negaraGaza : Lakukan gencatan senjata, hentikan pertumpahan darah

Gaza : Lakukan gencatan senjata, hentikan pertumpahan darah

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa untuk memberi tekanan kepada pihak yang terlibat dalam konflik di Semenanjung Gaza agar melakukan gencatan senjata bagi menghentikan pertumpahan darah.

Bekas Menteri Luar, Senator Tan Sri Anifah Aman berkata, pihaknya amat terkejut masyatakat antarabangsa tidak melakukan apa-apa tindakan bagi melakukan gencatan senjata demi menyelamatkan nyawa orang tidak bersalah dalam konflik ini.

“Pertembungan di Semenanjung Gaza itu adalah satu malapetaka kepada manusia dan jika pertumpahan darah berterusan ianya akan menambah jumlah kematian setiap hari.

“Saya menyeru agar keganasan yang berlaku dihentikan serta-merta, semua pihak harus melindungi keselamatan orang awam. 

“Kegagalan dalam menyelesaikan konflik ini tidak boleh diterima dan menjadi satu cabaran yang berterusan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Anifah berkata, pada masa ini nyawa manusia tidak berdosa di kedua-dua pihak menjadi korban dan semua pihak perlu menghentikan keganasan khususnya terhadap wanita dan kanak-kanak.

Tambahnya, sebarang bentuk keganasan tidak seharusnya dibiarkan.

Dalam pada itu, beliau turut memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada penyelesaian bagi kedua-dua negara iaitu Palestin dan Israel boleh menjadi negara merdeka di kawasan sempadan yang diiktiraf antarabangsa berdasarkan Resolusi PBB No. 242 dan 338.

“Saya percaya rakyat biasa di kedua-dua negara, Palestin dan Israel mahu menjalani kehidupan dengan aman, menjalankan tugas harian mereka dan hak mereka dilindungi berbanding daripada hidup dalam keadaan sentiasa diancam oleh keganasan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 10,000 pengunjung meriahkan pelancaran Pesta Kaamatan negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya