HomeIsu tempatanUMS komited beri perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan pelajar

UMS komited beri perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan pelajar

Read Time:1 Minute, 51 Second

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Jabatan, Akademi, Fakulti, Pusat, Institut dan Bahagian (JAFPIB) sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan pelajar UMS.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, UMS sentiasa berusaha untuk menambah baik dan berinovasi dalam memastikan perkhidmatan dalam keadaan yang cekap dan memuaskan.

“Seiring dengan pembangunan teknologi pada masa kini, UMS juga telah banyak melaksanakan perubahan bagi memastikannya tidak ketinggalan dalam memberikan perkhidmatan yang baik serta dapat memudahkan para pelanggan.

“UMS sentiasa memberi perhatian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan dengan memberi tumpuan kepada perkhidmatan pelanggan.

“Oleh itu, penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan bukan sahaja tertumpu kepada penambahbaikan sistem dan proses kerja, malah perhatian yang sewajarnya juga perlu dalam aspek meningkatkan jalinan hubungan antara JAFPIB dengan pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibaca oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMS, Profesor Dr. Shahril Yusof sewaktu Majlis Perasmian Penutupan Hari Bertemu Pelanggan Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA) Tahun 2023.

Tambah Kasim, pengurusan aduan dan maklum balas pelanggan merupakan salah satu elemen penting untuk meningkatkan hubungan dengan pelanggan.

“Ia selaras dengan MADANI, iaitu satu kerangka yang terdiri daripada tonggak dasar (1) KeMampanan (2) KesejAhteraan (3) Daya Cipta (4) HormAt (5) KeyakiNan (6) Ihsan, UMS perlu berupaya menterjemahkan kerangka ini dalam bentuk tindakan.

“Hasil bertemu pelanggan ini merupakan wadah terbaik untuk mendekati pelanggan dan menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan.

“Oleh itu, warga UMS perlu sentiasa mencari pendekatan baharu untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, UMS juga telah menetapkan pelan strategik melalui KRA-6 iaitu Pemerkasaan Tadbir Urus, Sumber Manusia dan Sistem Penyampaianuntuk memastikan kekuatan sumber dan mutu perkhidmatan universiti sentiasa dalam keadaan terbaik.

“Peranan warga UMS, sama ada pelajar, pensyarah dan kakitangan pentadbiran adalah sama penting bagi memastikan pelan strategik UMS tercapai dan dapat merealisasikan hasrat universiti untuk menjadi universiti berinovatif yang bertaraf dunia.

“Oleh itu, selaku universiti awam utama di negeri Sabah, marilah sama-sama kita meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan menanamkan sikap berinovasi dalam memberikan perkhidmatan seiring dengan kemajuan teknologi serta selaras dengan slogan universiti, ‘Leading Towards Innovative Societies’,” ujar beliau.  

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Madya Dr. Raman Noordin dan Ketua BPA, Norti Sirin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Wanita perlu tahu prosedur pengurusan harta pusaka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular