HomeIsu tempatanPeranan ahli akademik penting dalam agenda pembangunan negara

Peranan ahli akademik penting dalam agenda pembangunan negara

Read Time:2 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Peranan ahli akademik adalah amat signifikan dalam agenda pembangunan masyarakat dan negara.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, curahan keintelektualan yang dimiliki oleh ahli akademik tidak terhad kepada aktiviti pendidikan semata-mata, malah turut menyumbang kepada aktiviti penyelidikan serta peningkatan kemaslahatan kehidupan masyarakat.

Katanya sistem pendidikan yang menyediakan ekologi pembelajaran untuk memupuk pemikiran kritikal dan kreatif adalah sangat penting bagi melahirkan generasi milenium yang mampu menghadapi perubahan yang berlaku dengan pantas dan drastik.

“Perubahan seperti ini secara langsung menuntut para ahli akademik untuk sentiasa mengemas kini amalam pengajaran dan pembelajaran.

“Sepertimana yang dinyatakan oleh Sir Winston Churchill – seorang pemimpin Britain yang unggul di abad ke-20, ‘to improve is to change; to be perfect is to change often’ yang membawa maksud perubahan adalah diperlukan untuk seseorang itu maju ke hadapan.

“Selaras dengan keperluan masa kini, para pensyarah perlu menambah baik aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mengaplikasikan apa sahaja kebolehan serta kreativiti dalam memastikan proses pembelajaran sentiasa terkehadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (AKIPP) 2023 anjuran Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA) UMS, di sini baru-baru ini.

Kasim berkata, penganjuran AKIPP kali keempat itu bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan dan kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh tenaga pengajar UMS.

Penganjuran AKIPP 2023 merupakan kemuncak kepada sambutan Minggu Akademia UMS 2023 yan juga merupakan suatu pengiktirafan dan penghargaan UMS kepada usaha berterusan ahli akademik UMS dalam memastikan penyampaian pendidikan yang holistik dan seimbang.

“Inisiatif-inisiatif ini antara lain bertujuan memberikan ekosistem akademia yang memupuk budaya kreatif dan inovatif ahli akademik agar konsep penyampaian yang bersifat transformatif serta fleksibel dapat dibentuk, selari dengan perkembangan teknologi yang kian pesat.

“Hal yang demikian adalah penting dalam memastikan warga pendidik UMS sentiasa proaktif dalam memperbaharui kaedah penyampaian pengajaran mereka bagi kekal relevan dalam arus revolusi industri ke-empat,” katanya.

Tambah Kasim, sebagai sebuah universiti komprehensif, adalah menjadi tanggungjawab UMS untuk melahirkan graduan yang berkualiti dan kompeten dalam pelbagai bidang serta berdaya saing di peringat global.

“Pensyarah merupakan ejen yang paling penting dalam merealisasikan visi UMS untuk menjadi sebuah universiti yang inovatif bertaraf antarabangsa dengan membentuk pengalaman pembelajaran yang berinovatif. 

UMS membuka peluang kepada semua tenaga pengajar kita untuk menggunakan dan mengetengahkan daya kreativiti dan inovasi masing-masing dalam mengolah aktiviti pembelajaran bagi kursus masing-masing agar memberi pengalaman pembelajaran yang holistik dan berimpak tinggi kepada pelajar UMS,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular