HomeIsu tempatan'Aku, Seni dan Alam', 'To BKI' menang kategori C KPTNS

‘Aku, Seni dan Alam’, ‘To BKI’ menang kategori C KPTNS

Read Time:1 Minute, 58 Second

Kota Kinabalu: Karya ‘Aku, Seni dan Alam’ bersama ‘To BKI’ dinobatkan sebagai pemenang Karya Perdana Kategori C (Terbuka) Pertandingan Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KTPNS) kali Ke-38. 

Karya inspirasi kaligrafi Jawi berjudul ‘Aku, Seni dan Alam’ diolah Supinen Juhudin di atas kepingan daun pisang berkonsepkan pantun dalam bahasa Dusun manakala ‘To BKI’ dihasilkan Nurfahrina Abal Mukam menceritakan suasana sektor pelancongan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Kedua-dua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM 6,000 beserta sijil masing-masing.

Bagi Kategori A (7 – 15 Tahun) pula dimenangi oleh Rester Yen Nasrah,13 dan Kathlyne Eugnenea Nuil, 11 dengan hasil seni bertajuk ‘Walai Dii Aki’ dan ‘Landskap Bersejarah Sabah’ membolot RM1,000 beserta sijil sementara tiada pemenang terpilih bagi Kategori B (16 – 19 Tahun).

Manakala, bagi Karya Pilihan Kategori Khas, tiga pengkarya terpilih iaitu Canie Peter Tan dengan karya bertajuk ‘Threads Of Heritage’, Azlan Dulikab dengan karya ‘Sabda Alam’ dan Rosmaini Sunarjo ‘Dream Theater’ menerima hadiah RM5,000 dan sijil.

Selain itu, panel penilai KPTNS turut memilih lapan Karya Pilihan Kategori A yang menerima hadiah RM600 setiap seorang berserta sijil manakala bagi Kategori B, 10 karya pilihan menerima RM800 seorang serta tujuh karya Kategori C mendapat RM3,000 seorang.

Pada majlis tersebut turut disampaikan Anugerah Khas Tokoh Seni Visual Negeri Sabah 2023 kepada  Yee I-Lann seorang Artis Kontemporari yang banyak menyumbang dalam industri perfileman selain aktif dalam khidmat sosial dan muzik underground.

KPTNS merupakan aktiviti seni visual anjuran Balai Seni Lukis Sabah dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah mencipta rekod penyertaan terbanyak tahun ini iaitu sebanyak 2,061 karya dengan 1,946 peserta.

Tema Landskap Sabah dipilih untuk  KPTNS bagi memupuk kepelbagaian penghasilan karya seniman tempatan dan dipilih atas cadangan serta usul daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin yang telah menyempurnakan majlis KPTNS pada Jumaat malam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-70 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Jamili Nais, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Datuk OKK Titing Putang, Pengurus Besar LKNS , Mackey Apison dan Pengarah Balai Seni Lukis Sabah, Sara Elisya Ahmad Shah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular