HomeUtamaBaitul Mahabbah sedia premis penjagaan lebih kondusif

Baitul Mahabbah sedia premis penjagaan lebih kondusif

Read Time:1 Minute, 2 Second

Tuaran : Kanak-kanak warga asing yang berada di depot akan ditempatkan ke penempatan khas sementara yang dinamakan sebagai Baitul Mahabbah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, projek rintis yang bermula di Nilai Negeri Sembilan itu akan membuka tiga lagi rumah termasuk satu akan diwujudkan di Papar dan beroperasi akhir tahun ini.

“Dalam banyak-banyak inisiatif bajet, saya mahu ‘highlight’ bajet RM10 juta untuk Baitul Mahabbah yang mana kami mahu keluarkan kanak-kanak di depot imigresen.  Sebab mereka disana boleh jadi masa ibunya ditahan, mengandung dan lahir didalam.

“Buat masa sekarang, mereka dijaga di depot imigeresn yang keadaannya secara relatifnya tidak begitu kondusif.  Jadi Baitul Mahabbah ini akan menyediakan satu premis penjagaan yang lebih kondusif, sesuai dengan sifat Kerajaan Madani yang lebih manusiawi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Rumah Perantaraan Tuaran di Kampung Panjut, di sini, hari ini.

Hadir sama Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, Datuk Nordin Muhammad dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Suria, Datuk Rayah Erom.

Saifuddin berkata, selain Papar, dua lagi Baitul Mahabbah akan dibuka iaitu di Sarawak dan Semenanjung menjadikan kesemuanya empat premis penjagaan kanak-kanak dalam depot.

Katanya, KDN turut akan melakukan pembaikan kemudahan jabatan serta agensi seperti penyelenggaran kuarters KDN Sabah menelan belanja RM50 juta. – SABAH MEDIA/FOTO KDN

RELATED ARTICLES
Utama

130 calon STPM 2023 di Sabah dapat PNGK 4.00

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular