HomeIsu tempatanTiada tanah runtuh berhampiran menara Jam Atkinson

Tiada tanah runtuh berhampiran menara Jam Atkinson

Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengesahkan tiada sebarang kejadian tanah runtuh dilaporkan berdekatan menara Jam Atkinson di sini seperti yang didakwa berpunca dari tapak pembinaan yang tular sebelum ini.

Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie berkata, orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menyebabkan keadaan panik kepada masyarakat.

“DBKK telah menerima beberapa hantaran pesanan melalui aplikasi WhatsApp berhubung dengan kerja-kerja pembinaan berdekatan dengan Menara Jam Atkinson pada Ahad lalu. Kenyataan tersebut telah menjadi tular seperti yang telah dikongsikan oleh banyak pihak.

“Setakat Ahad lalu, tidak ada sebarang kejadian tanah runtuh dilaporkan menuju ke Bandaraya Kota Kinabalu yang didakwa berpunca dari tapak ini seperti yang ditularkan tersebut. 

“Segala aktiviti di tapak berkenaan adalah terkawal dan dipantau oleh juruperunding yang dilantik,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Junainah berkata, DBKK selaku pelaksana bagi projek tersebut memaklumkan bahawa projek tersebut telah dimulakan sejak tahun 2021 dan cadangan reka bentuk untuk pengindahan tempat tersebut telah mengambil kira komen dari pihak agensi yang berkenaan.

Katanya, Pelan Pembangunan telah pun diluluskan pada tahun 2022. 

“Kerja-kerja di kawasan sekitar Menara Jam Atkinson adalah kerja-kerja pengindahan lanskap (hardscape dan softscape), pembinaan tandas awam, pondok informasi pelancong dan tidak melibatkan kawasan berpagar struktur Menara Jam Atkinson,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebarang aduan dan pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK di talian 012 2220220 (WhatsApp). – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS, Yun Fook Resources laksana penyelidikan nutrisi murid sekolah di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular