HomeEkonomiSyarikat Malaysia Mahu Terokai Kerjasama Dengan Taiwan dalam Industri Padi

Syarikat Malaysia Mahu Terokai Kerjasama Dengan Taiwan dalam Industri Padi

Read Time:1 Minute, 43 Second

TAIPEI — Menyedari keselamatan makanan Malaysia amatlah penting , terutamanya isu pengeluaran padi yang kini pengeluarannya hanya sekadar 70 peratus dari kadar sara diri menyebabkan kami mencari rakan teknologi dari Taiwan untuk mencukupkan kadar 100 pengeluaran padi Malaysia.

Itu kata Pengasas Alchetech Intelligence, Dino Ng Shih Fang ketika menyampaikan ucapannya bersama rakan perniagaan Taiwan sempena sidang kerjasama industri Taiwan-Malaysia yang berlangsung di Taipei, di sini , hari ini.

Tambahnya sebagai seorang ahli teknologi, mereka sentiasa suka “masalah”, dimana yang membuatkan mereka gembira pada penghujung hari adalah apabila dapat menyelesaikan masalah itu.

Ujar Dino lagi, syarikatnya kini sedang membangunkan Model AI yang bertanggungjawab, menggunakan model AI dengan prinsip ‘ESG Driven’ , di mana matlamat utamanya ialah menyediakan penyelesaian teknologi berdasarkan prinsip melindungi bumi, alam sekitar, manusia, gaya hidup sosial, dan tadbir urus, peraturan dan dasar yang bersesuaian dengan pengenalan konsep Malaysia Madani.

” Dengan cabaran di dalam industri padi di Malaysia dimana kebanyakkan pengusahanya adalah mereka yang sudah berumur, menjalankan amalan pertanian yang konvensional dan kurang berteknologi tinggi, kekurangan penglibatan anak muda di dalam industri serta isu perubahan cuaca yang kini amat mencengkam pengusahanya.

Tambahnya di dalam Industri padi ini, Taiwan merupakan antara negara yang mempunyai pencapaian yang membanggakan di dalam industri pertanian.

“ Beras adalah 3 produk teratas dalam pengeluaran di Taiwan, ianya bukan sahaja mencapai tahap 100% sara diri, Taiwan juga mengeksport beras ke negara jiran serta Taiwan turut terkenal dalam menghasilkan beras yang berkualiti tinggi.

Tambahnya Taiwan telah menggunakan banyak sistem autonomi termasuk teknologi berteknologi tinggi, seperti instrumen IoT, Sistem pengurusan air pintar dan teknologi pembenihan untuk memberikan hasil tertinggi dan sekaligus menambah baik gaya hidup petani.

Justeru hari ini kami percaya untuk membina persahabatan dan berkongsi serta bekerjasama dimana kami akan menggarap teknologi pertanian pintar dan membawa manusia ke arah gaya hidup yang lebih baik, tinggal di perbandaran dan bandar yang lebih pintar katanya

Untuk rekod program sidang kerjasama industry Taiwan-Malaysia ini berlangsung secara tahunan dan kali ini ianya dianjurkan di Taiwan. Program ini juga merupakan program pertemuan secara fizikal pertama selepas Pandemik Covid-19 yang melanda dunia beberapa tahun lepas.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah kekal harmoni dengan keunikan kepelbagaian – Jeffrey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular