HomeUtamaKerajaan Persekutuan, Sabah komited pastikan keterjaminan bekalan makanan terjaga

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited pastikan keterjaminan bekalan makanan terjaga

Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Persekutuan dan Sabah sentiasa komited untuk terus bekerjasama bagi memastikan kesinambungan pembangunan sektor agro makanan berada dalam agenda ketersediaan dan keterjaminan bekalan makanan negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin berkata, pihaknya juga sentiasa berusaha untuk melaksanakan pendekatan baharu dalam menangani isu keterjaminan makanan melalui pertanian berskala besar.

Katanya, pendekatan itu adalah bagi meningkatkan lagi pengeluaran padi dan beras, pemodenan teknologi pertanian, penglibatan pihak swasta dan pemain industri selain Sabah sesuai dalam pelaburan industri ruminan.

“Sebagaimana kita tahu, Sabah adalah bumi bertuah yang dikurniakan tanah yang luas dan subur selain kawasan perairan yang luas dan berpotensi menjadikan wilayah ini sebagai salah satu penggerak penting dalam menampung ketersediaan bekalan makanan negara.

“Penggunaan teknologi terkini termasuk kaedah-kaedah pertanian yang tepat dan moden akan dapat meningkatkan produktiviti dalam meningkatkan pendapatan golongan peladang, penternak, pesawah dan nelayan di Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Sabah bertempat di perkarangan Kompleks Sukan Likas di sini petang tadi.

Program selama dua hari itu melibatkan sebanyak 29 pempamer terdiri daripada Jabatan dan Agensi dibawah KPKM, Persekutuan dan Negeri, termasuk syarikat swasta dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Turut diadakan lebih 80 gerai jualan produk pertanian yang melibatkan usahawan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Gerai jualan Produk Industri Kecil sederhana (IKS) seperti Amplang, sambal, kerepek, produk sejuk beku turut menyediakan jualan murah Happy Hour dengan tawaran diskaun yang menarik serta jualan produk makanan dan minuman, buah-buahan, sayur-sayuran dan food truck.

Chan berkata, program berimpak tinggi seperti itu memerlukan kerjasama strategik serta jalinan sinergi bagi memastikan aktiviti pemasaran pelbagai produk agromakanan tempatan dapat diperluaskan merentas Kementerian sama ada diperingkat Persekutuan, mahupun Negeri.

Majlis itu turut menyaksikan pelbagai acara penyampaian geran dan penyerahan bantuan serta Perjanjian Persefahaman (MoU) yang memberi manfaat kepada 7,428 orang komuniti peladang, nelayan dan usahawan di negeri Sabah dengan nilai keseluruhan RM4 juta. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

RM7 juta disediakan untuk fasa pertama naiktaraf 38 Tamu Desa di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular