HomeGaya hidupPemilihan SICC untuk Konsert ST12 & Nidji Live In Sabah adalah tepat...

Pemilihan SICC untuk Konsert ST12 & Nidji Live In Sabah adalah tepat – Zizan

Read Time:3 Minute, 22 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pemilihan lokasi Konsert ST12 & Nidji Live In Sabah adalah sangat tepat kerana mendapat sokongan yang sangat baik dari semua pihak bagi melancarkan acara konsert berkenaan, kata penganjur konsert, Pengarah Urusan ZR Project, Zizan Razak.

Zizan

Zizan berkata, konsert tersebut berjaya memukau hampir 4000 peminat yang hadir untuk menyaksikan dua band terkenal Indonesia itu bersatu dalam satu panggung di SICC yang sangat menghiburkan dan memberi pengalaman luar biasa kepada peminat-peminat mereka di Sabah.

Kehangatan Konsert ST12 & Nidji di SICC, Kota Kinabalu.

“Saya sangat bangga, orang yang saya betul-betul berterima kasih iaitu kepada abang Bombay, Nabiha khususnya, team Nan (Era) yang bekerja di sini, memang luar biasa, saya sangat puji hasil kerja mereka, kru-kru belakang tabir memang hebat sangat pada malam ini (21 Okt).

“Saya betul-betul tidak sangka orang Sabah seperti yang saya impikan , mereka sangat membantu, yang mana peminat saya begitu juga mereka memberi sokongan kepada Nidji, ST12 malam ini sangat luar biasa, saya rasa macam tidak malu langsung dengan band Indonesia yang saya bawa, saya tahu mereka puas hati juga dengan persembahan mereka mendapat tindak balas positif daripada penonton.

“Saya rasa pemilihan lokasi kita sangat tepat iaitu diadakan di Sabah ini memang cukup-cukup luar biasa, walaupun dewan SICC ini pada saya dewan yang berprestij dewan yang kita tahu ‘look and feel’ yang kita rasa sangat mewah tetapi kita jadikan ‘Rock’ malam ini, itu orang Sabah punya sokongan,” katanya.

Kehadiran Amy Search bersama-sama dengan ST12 menyanyikan lagu Isabella beri kejutan peminat di SICC.

Mengenai kemunculan Dato’ Amy search, Zizan dan Nabiha selaku penganjur juga tidak menyangka kerana memang tidak dirancang namun sangat terharu atas sokongan Amy Search mengenai konsert ini.

“Saya tidak sangka dia (Amy Search) bukan sahaja mahu datang support konsert ini tetapi dia akan buat persembahan sekali, itu yang saya sangat terkejut dan teruja, saya sangat menghargai dan berterima kasih kepada Amy Search.

“Difahamkan kebetulan Amy Search datang ke Sabah, beliau dijemput buat persembahan dalam satu acara, selepas acara, dia menawarkan untuk buat persembahan dengan konsert kami tanpa rehearsal, sudah tentu kami terima, kami tadah tanganlah, ia memang menjadi dan menambah kehangatan pentas konsert ini,” jelasnya.

ST12 bersama Amy Search mendendangkan lagu Isabella dengan versi tersendiri.

Ditanya mengenai untuk menganjurkan konsert-konsert serupa di masa akan datang, Zizan berkata, beliau memang bercadang untuk mengembangkannya bukan sahaja di Sabah tetapi di Semenanjung.

“Saya memang ingin mengembangkan konsert-konsert serupa di Semenanjung juga, mungkin jika diberi peluang, saya ingin bawa juga artis-artis Malaysia ke Indonesia sebab mereka juga ada peminat tersendiri di Indonesia,” katanya.

Tambah Zizan, dia mahu dikenali bukan sahaja sebagai pelakon atau selebriti tetapi juga menjaga hubungannya dengan peminat supaya mereka juga mengenalinya sebagai penganjur acara.

“Saya rasa ini bukan sahaja pasal perniagaan semata-semata tetapi ia juga berkaitan hubungan saya dengan peminat, yang mana mereka bukan kenal saya sebagai Zizan Razak dan juga Nabiha, sebagai pelakon dan selebriti tetapi mereka kenal saya juga sebagai penganjur, jadi kalau saya pergi ke mana-mana sahaja permintaan itu ada, inilah hubungan saya antara peminat itu sentiasa ada,” tambah beliau.

Nabiha

Sementara itu, penganjur Pengarah Urusan MW Pertama, Nabiha Aimi berkata, pada awalnya perjalanan penjualan tiket Konsert ST12 & Nidji Live In Sabah agak perlahan tetapi dua tiga minggu kemudian sebelum konsert barulah ada peningkatan jualan tiket.

“Saya tidak sangka sambutan amat luar biasa dari rakyat Sabah walaupun pada mulanya penjualan tiket agak perlahan tetapi Alhamdulillah, dua tiga minggu sebelum konsert jualan tiket meningkat malah lebih daripada sasaran yang kami jangkakan.

“Alhamdulillah dengan sokongan pihak media juga, kami berjaya mewar-warkan info yang berkesan tentang konsert ini, bukan sahaja di Kota Kinabalu tetapi di seluruh pelosok Sabah, malah dari Kuala Lumpur sahaja kira-kira 150 yang hadir dan saya difahamkan dua hari ini penerbangan dari Kuala Lumpur, pergi dan balik penuh.

“Selain itu, ada juga peminat dari Singapura turun ke Sabah semata-mata untuk hadir ke konsert ini,” katanya.

Nabiha yang juga sangat teruja, turut mengucapkan terima kasih kepada Amy Search kerana sokongan yang diberikan untuk konsert sulung anjuran mereka di Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Masidi hadir ke pejabat SPRM secara sukarela

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular