HomeIsu tempatanMaritim Malaysia dekati komuniti nelayan di Kampung Lok Baru Pulau Gaya

Maritim Malaysia dekati komuniti nelayan di Kampung Lok Baru Pulau Gaya

Read Time:1 Minute, 49 Second

Kota Kinabalu : Lebih 300 penduduk Kampung Lok Baru Pulau Gaya terdiri dari komuniti nelayan di sini menjayakan Program Sahabat Maritim yang berlangsung selama dua hari berakhir semalam.

Program bertemakan ‘Kembali Kepada Komuniti’ itu dianjurkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan kerjasama agensi-agensi sahabat serta rakan strategik itu adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara pasukan penguatkuasa dengan komuniti nelayan.

Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, melalui program itu juga ianya akan dapat mempromosikan keselamatan maritim kepada masyarakat di pulau-pulau khususnya di Kota Kinabalu.

Selain itu kata, program itu juga dapat membentuk kefahaman undang-undang agar perairan negara khususnya di ibu negeri lebih selamat dan sejahtera.

“Oleh yang demikian, kerjasama komuniti maritim untuk melaporkan dan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan yang melanggar undang-undang serta kes-kes kecemasan di laut amat penting bagi menjamin keselamatan, kesejahteraan, keharmonian dan kedaulatan perairan negara.

“Pihak kita (Maritim Malaysia) turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua agensi sahabat yang terlibat menjayakan program ini,” katanya.

Pada program itu, Che Engku Suhaimi  turut menyerahkan sebanyak 200 sumbangan bakul makanan kepada keluarga asnaf di Kampung Lok Baru selain empat papan tanda keselamatan di laut yang disumbangkan oleh PETRONAS.

Turut disumbangkan adalah keperluan peralatan membaik pulih madrasah kampung oleh pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah selain pemeriksaan kesihatan percuma oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah daerah Kota Kinabalu.

Selain itu, sebanyak 70 bungkus sampah berjaya dikumpulkan penduduk menerusi aktiviti gotong-royong yang dilaksanakan di sekitar kampung.

Program turut diserikan dengan acara memasak bubur lambuk yang telah disumbangkan oleh pihak ADABI, sebanyak 600 bungkus bubur lambuk telah diagihkan kepada komuniti.

Hubungan antara penduduk kampung dan Maritim Malaysia dieratkan lagi dengan acara sukaneka tarik tali, berlari dalam guni, bola sepak wanita dan bola tampa

Antara agensi sahabat yang turut berkolaborasi dalam program ini ialah Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS), Jabatan Kesihatan Daerah Kota Kinabalu, Jabatan Bomba  dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Agensi Antidadah Kebangsaan, Petronas dan Adabi.

Agensi lain yang turut sama adalah Polis DiRaja Malaysia, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, SMK Pulau Gaya, SK Pulau Gaya, Ketua Kampung Lok Baru, PIBG SMK, SK Pulau Gaya dan Sinyi Group. –  SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Kursus Pertanian Fertigasi perkenal sistem penanaman moden, tingkat pendapatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular