HomeUtamaSabah dijangka alami pengurangan kadar taburan hujan

Sabah dijangka alami pengurangan kadar taburan hujan

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Sabah dijangka akan mengalami fenomena agak berbeza pada tempoh Monsun Timur Laut (MTL) yang diramalkan bermula November ini  apabila mengalami pengurangan kadar taburan hujan sebanyak 20 peratus.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Sabah merupakan satu-satunya negeri yang berhadapan fenomena berkenaan meskipun berlaku hujan dan ribut petir di sesetengah kawasan.

“Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) yang diadakan pada 17 Oktober lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah membentangkan secara rasmi laporan mengenai MTL yang dijangka bermula November sehingga Mac tahun depan.

“Seperti kebiasaan dalam tempoh MTL keadaan cuaca lebih lembab dengan taburan hujan yang bertambah dan risiko banjir itu berlaku di seluruh negara termasuk Sabah.  Namun pada tahun ini diramal berbeza apabila Sabah akan mengalami fenomena taburan hujan yang berkurang sebanyak 20 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Jualan Rahmah di Padang Kampung Warisan, Darau di sini hari ini.

Armizan berkata, kekurangan taburan hujan itu juga dijangka akan memberi risiko berlaku gangguan bekalan air yang serius di negeri ini .

“Ini kerana jumlah 20 peratus itu adalah besar dan sumber-sumber bekalan iar daripada empangan juga akan alami gangguan seterusnya mengurangkan sumber bekalan air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA).

“Sebab itu kita telah maklumkan Kerajaan Sabah tentang perkara ini untuk dibincangkan antara Kerajaan Negeri dengan agensi berkaitan untuk mengambil langkah bersesuain dan kita juga telah meminta Sabah mendapatkan laporan terperinci dari METMalaysia berhubung kawasan yang kurang mendapat taburan hujan.

“Ini adalah bagi membolehkan kita dapat mempertimbangkan langkah-langkagh mitigasi untuk kita tangani isu yang dijangka mengganggu bekalan air di negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular