HomeUtamaKementerian Persekutuan segera perincikan projek pembangunan Sabah, Sarawak

Kementerian Persekutuan segera perincikan projek pembangunan Sabah, Sarawak

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Semua kementerian di Persekutuan digesa untuk segera memperincikan senarai projek pembangunan di bawah nilai RM50 juta yang akan diserahkan kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, senarai projek yang sudah diperincikan itu perlu diserahkan awal kepada kedua-dua negeri itu pada awal tahun depan.

“Semua kementerian di Persekutuan, saya minta awal tahun depan iaitu Januari, serahkan senarai (projek pembangunan) kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak.  Bagi senarai kemudian Sabah dan Sarawak akan semak yang mana kedua-dua negeri ini mahu laksanakan dan mana yang diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Jadi jangan tangguh, perincikan senarai projek itu tahun ini.  Tahun depan Januari hantarlah awal kepada Kerajaan negeri, jangan berlengah-lengah lagi untuk menghantar senarai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Jualan Rahmah (PJR) Kasih Sayang di Kampung Warisan Darau di sini semalam.

Armizan turut mengingatkan kedua-dua negeri itu (Sabah dan Sarawak) untuk segera membuat segala bentuk penambah baikan bagi melancarkan pelaksanaan projek-projek berkenaan.

“Di peringkat Kerajaan Negeri, buatlah penambah baikan segera bagaimana cara pelaksanaan, jika perlu kapasiti, kalau perlu pegawai kontrak, tambahlah supaya kita mahu projek ini dapat dimanfaatkan oleh rakyat pada kadar segera.

“Jadi saya minta agar semua pihak khususnya kementerian terlibat hantar segera senarai, jangan tanguhkan,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan mengumumkan bahawa mana-mana projek pembangunan di bawah nilai RM50 juta akan diserahkan sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak berkuat kuasa serta merta. – SABAH MEDIA / FOTO PEJABAT MENTERI JPM

RELATED ARTICLES
Utama

Jemaah haji diharap jadi duta promosi TH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular