HomeIsu tempatanKumpulan Qastury ungguli Pertandingan Nasyid I-Fest KEMAS

Kumpulan Qastury ungguli Pertandingan Nasyid I-Fest KEMAS

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Kumpulan Qastury yang mewakili Kelas Bina Insan Tambunan muncul johan Pertandingan Nasyid sempena Festival Kesenian Islam (I-Fest) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Peringkat Kebangsaan 2023 yang berlangsung di Perak baru-baru ini.

Kumpulan itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM6,000, Piala dan Sijil Penyertaan manakala hadiah disampaikan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.

Kumpulan Qastury yang mewakili Kelas Bina Insan Tambunan

Pada majlis sama, Pengelola Kelas Pembangunan Insan Al- Ikhwan Kuala Manggatal Kota Kinabalu Ustazah Noorlela Mohd Yusof dipilih sebagai Pemaju Masyarakat Pembangunan Insan cemerlang kebangsaan.

Kelas Pembangunan Insan Al-Ikhwan Kuala Manggatal Kota Kinabalu turut memenangi tempat ketiga bagi Kategori Bina Insan Gemilang sempena I – Fest 2023.

Ustazah Noorlela Mohd Yusof

Pasukan KEMAS Negeri Sabah diiringi Pengarahnya, Ahmad Fakhrul Azman Mohammad Radzi dengan Ketua Kontinjen, Ahmad Bashir AliAkbar

I – Fest KEMAS 2023 mempertandingkan tujuh acara iaitu nasyid, Tilawah Al- Quran, Dai KEMAS, Dakwah@Media, Kelas Bina Insan Gemilang Peringkat Negeri dan Kebangsaan disertai 500 peserta Kelas Pembangunan Bina Insan KEMAS seluruh negara.

Keseluruhannya KEMAS kini mempunyai 28,183 peserta melibatkan 1, 355 kelas dan 246 pemaju masyarakat pembangunan insan di seluruh negara.

Kesemuanya bergerak aktif dalam pelbagai aktiviti pembangunan insan selari dengan hasrat Kementerian Pembangunan Desa Dan Wilayah untuk memperkasa komuniti luar bandar dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah. – SABAH MEDIA / FOTO KEMAS SABAH

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Alumni UMS diseru beri, sumbang kembali kepada universiti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular