HomeEkonomiKadar jangka pendek dijangka stabil dengan operasi BNM

Kadar jangka pendek dijangka stabil dengan operasi BNM

Read Time:44 Second

BERNAMA

Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM39.93 bilion dan sejumlah RM18.84 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM1.0 bilion selama tujuh hari.

Ia juga akan mengadakan dua tender Qard yang terdiri daripada tender RM500 juta bertempoh tujuh hari dan tender RM200 juta untuk 14 hari, serta dua tender repo berbalik melibatkan tender RM1.5 bilion (31 hari) dan tender RM500 juta (92 hari).

Selain itu, bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM39.7 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM18.1 bilion bagi tender semalaman Murabahah.

RELATED ARTICLES
Utama

Belanjawan Sabah 2025 : Penjawat awam Sabah terima bonus sebulan gaji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular