HomeSukanPiala AFC : Sabah FC perlu fokus lawan Hai Phong di Vietnam

Piala AFC : Sabah FC perlu fokus lawan Hai Phong di Vietnam

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Barisan pemain Sabah FC perlu kekal fokus dengan reputasi besar selaku pendahulu kumpulan pada aksi ketiga Kumpulan H saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berdepan kelab Vietnam Hai Phong FC di Stadium Lach Tray, esok.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, apa yang penting para pemain perlu bermain mengikut perancangan bagi memastikan Sang Badak mencatat keputusan positif.

“Saya tidak fikir bahawa kami sahaja yang mengkaji permainan Hai Phong, saya percaya mereka juga menganalisa corak pemainan kami. Jadi, paling penting adalah kekalkan fokus untuk perlawanan esok bagi memastikan kami bermain mengikut perancangan dan berharap kami dapat keputusan positif.

Datuk Ong Kim Swee

“Sudah pasti Hai Pong juga pasukan pilihan, mereka mahu bangkit selepas kalah aksi sebelum ini dan perlawanan esok bukan mudah bagi kami,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee menyambut baik penganjuran kejohanan Piala AFC yang mana ia bakal memberi pendedahan kepada pemain-pemain bersaing dengan pasukan-pasukan hebat di Asia.

“Walau bagaimanapun, ada baiknya kita bersaing sesama sendiri bukan sahaja di peringkat kelab, tetapi di peringkat kebangsaan,” katanya.

Sabah FC mahu melakar kemenangan hatrik apabila sebelum ini berjaya meraih kemenangan bersih apabila mengatasi Hougang United 3-1 dan PSM Makassar 5-0.

Seandainya skuad kendalian Kim Swee itu berjaya menundukkan Hai Phong, Sabah FC berpeluang menjadi antara pasukan awal meraih tiket ke pusingan seterusnya.

Aksi bertemu Hai Phong esok akan berlangsung tepat jam 6 petang waktu tempatan.

Sabah kini menghuni tangga teratas dalam saingan Kumpulan H setelah mengumpul enam mata selepas dua perlawanan sementara Hai Phong berada di kedudukan ketiga apabila mencatat satu kemenangan dan satu kekalahan. SABAH MEDIA/ FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Dua import Sabah FC dijangka terlepas peluang beraksi esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular