HomeUtama12 jam tangan Rolex antara barang yang dirampas dalam perbicaraan rasuah Jabatan...

12 jam tangan Rolex antara barang yang dirampas dalam perbicaraan rasuah Jabatan Air Sabah

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Dua belas jam tangan Rolex adalah antara barangan berharga yang dirampas daripada bekas pengarah Jabatan Air Sabah Ag Mohd Tahir Mohd Talib, di mahkamah Khas Rasuah yang bersidang hari ini.

Penolong Pegawai Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ekasuzieana Shafri, 36, berkata salah satu barangan mewah itu adalah untuk wanita.

Ekasuzieana, yang memberi keterangan di hadapan hakim Abu Bakar Manat dalam perbicaraan skandal rasuah terbesar Sabah itu turut mengesahkan jam tangan itu adalah antara jam tangan mewah dalam senarai rampasan harta alih bertarikh 4 Okt 2016 yang dibuatnya di pejabat SPRM Sabah.

Jenama lain ialah Audemars Piguet (lima), Roger Dubuid (satu), Jaegerle-Couctre (dua), Chronoswiss (satu), Prank Muller (satu), Cartier (tiga), Ulysse Nardin (satu), Patek Philippe (tiga), dan Corum (dua).

Dia juga telah merampas barangan berharga lain termasuk wang tunai, barang kemas seperti kerongsang, rantai, anting-anting, cincin, gelang dan gelang jed, beg tangan berjenama dan jongkong emas.

“Saya juga mengesahkan bahawa semua barang eksibit ini diambil dari rumah Ag Tahir di sebuah bilik tidur di tingkat 3,” kata saksi ke-44 pihak pendakwaan itu.

Tahir, 58, sedang dibicarakan bersama isterinya, Fauziah Piut, 55, dan bekas timbalan pengarah jabatan air negeri, Lim Lam Beng, 66.

Pada 29 Dis 2016, ketiga-tiga mengaku tidak bersalah terhadap 37 pertuduhan pengubahan wang melibatkan RM61.57 juta.

Bekas timbalan pengarah jabatan, Teo Chee Kong, yang pada mulanya merupakan suspek utama dalam kes berkenaan, dibebaskan daripada 146 pertuduhan pengubahan wang melibatkan RM32.93 juta, pada Mac 2022.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular