HomeUtamaMichael Ubu lepas, bebas dari tiga pertuduhan pecah amanah wang

Michael Ubu lepas, bebas dari tiga pertuduhan pecah amanah wang

Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu hari ini melepas dan membebaskan peguam Persius Henry Bolutong @ Michael Persius Ubu atas tiga pertuduhan pecah amanah wang membabitkan pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan pengubahan wang haram antara tahun 2014 dan 2015.

Hakim Jason Juga membuat keputusan melepas dan membebaskan Michael, 67, daripada semua pertuduhan itu selepas mendengar hujah daripada Zahir Shah, peguam yang mewakili Michael.

Zahir meminta mahkamah untuk melepaskan dan membebaskan Michael daripada ketiga-tiga pertuduhan, susulan surat maklumbalas daripada Timbalan Pendakwa Raya bertarikh 14 Ogos 2023 yang bersetuju untuk menarik balik semua pertuduhan terhadap Michael.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lim Wai Keong.

Berikutan keputusan itu, mahkamah turut memerintahkan agar wang jaminan sebanyak RM700,000 dan pasport antarabangsa dikembalikan kepada Michael.

Sebelum ini, bagi pertuduhan pertama Michael didakwa melakukan kesalahan itu pada 22 Julai 2014 iaitu sebagai ejen kepada RISDA dan di dalam kapasiti tersebut telah diamanahkan ke atas harta iaitu wang berjumlah RM15, 545,400 yang telah dibayar melalui cek Bank Muamalat bernombor 022865 ke akaun AmBank 102010000858 atas nama beliau. Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Manakala pertuduhan kedua, Michael didakwa menerima wang berjumlah RM1 juta iaitu hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Budiman Juta Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun milik Asli Jati Engineering Sdn Bhd, iaitu syarikat milik beliau, di tempat yang sama pada 25 Julai 2014.

Sementara pertuduhan ketiga pula, Michael didakwa menerima wang tunai sebanyak RM2, 960,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Budiman Juta Sdn Bhd dilokasi Beverly Hills Plaza pada 27 November 2015.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Michael didakwa di bawah Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Sementara itu, Ogos tahun lalu di mahkamah sama, telah melepas dan membebaskan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony daripada lima pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM8.75 juta, yang turut didakwa bersama Micheal Ubu.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Haresh Prakash Somiah meminta mahkamah untuk melepaskan Peter tanpa dibebaskan daripada keenam-enam pertuduhan, namun tidak menyatakan sebarang alasan kepada mahkamah alasan Peter boleh mendapatkan pelepasan.

Manakala Peguam Peter, Martin Tommy berkata perkara dalam kes itu membabitkan wang berjumlah RM15 juta, sudah dibayar oleh seorang lagi tertuduh (peguam) kepada RISDA dan itu sebagai asas beliau meminta agar mahkamah melepas dan membebaskan Peter.

RELATED ARTICLES
Utama

25 pendaki sertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu Coalition Duchenne kali ke-12

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular